Paris Kami Datang!
Percutian ke Eropah kali ini penuh dengan adventure ditambah pula saya hampir tidak dapat pergi kerana di masukkan ke hospital akibat demam panas dan disyaki denggi kerana anak dan pembantu rumah saya disahkan denggi. Sudah 5 malam di hospital, sudah 2 hari demam kebah doktor masih tidak mahu discharge saya. Hari-hari darah diambil dan hasilnya negative denggi dan blood count adalah normal. Akhirnya pada hari berlepas saya berkeras untuk pulang. Saya minta time off pada waktu pagi untuk mengambil IC yang sudah lama siap di JPN, driving lesen baru dan packing barang-barang. Selepas keputusan ujian darah sampai, doktor akhirnya membenarkan saya pulang. Jam 8.30 malam baru dapat pulang ke rumah. Waktu inilah kelam kabut siap mengemas, layan anak-anak. Akhirnya jam 10.30 malam saya bertolak ke airport bersama sahabat-sahabat.
|
Baggage drop off at KLIA - muka bengkak baru lepas buang drip |
|
Joining passenger from Alor Star |
|
Ke imigresen |
|
Before departure |
Tepat jam 2 pagi kami berlepas ke Amsterdam menaiki Qatar Airways yang akan transit di Doha selama 2 jam 30 minit. Kerana sudah 5 malam tidak dapat tidur di dalam hospital, saya yang jarang-jarang dapat tidur di dalam pesawat dapat melelapkan mata sekejap di dalam perjalanan ini. Hampir 7 jam kami mendarat di Doha, terus menunaikan solat subuh di musolla yang di sediakan. Flight kami untuk ke Amsterdam delay hampir 1 jam kerana menunggu joining passenger dari Colombo.
|
Doha Airport |
|
Charge HP dan makan dulu sementara menunggu masa untuk berlepas |
Selesai makan di dalam pesawat kami cuba pejamkan mata untuk perjalanan selama 6 jam 30 minit lagi. Saya banyak menghabiskan masa menonton movies di dalam pesawat. Selesai makan tengahari, kami selamat mendarat di Schipol Airport Amsterdam. Kami sepatutnya tiba jam 12.35 tengahari sampai 1 jam kemudian akibat delay di Doha.
|
Laluan perjalanan dari Doha |
Kami terpaksa berkejar-kejar ke Rotterdam untuk mengambil train ke Paris jam 3.26 petang. Setelah membeli tiket intercity train ke Rotterdam yang berharga EUR12.20, kami menuju ke Platform 4 seperti yang diberitahu oleh ticket counter staff. Elok kami panjat train, ada pulak pekerja di situ yang memanggil kami turun, kononnya tersalah tren. Hampir terlompat kami semua mendengar jeritannya. Beg yang berat hampir 16kg terasa ringan saja di angkat akibat terkejut. Kami semua turun dan akhirnya naik semula kerana memang ini adalah tren menuju ke Rotterdam. Tren biru kuning ini akhirnya bergerak ke Rotterdam yang akan mengambil masa selama 26 minit.
|
Menunggu bagasi yang masih belum keluar |
|
Beg semua sudah di ambil |
|
Train ke Rotterdam |
Kami sampai di Rotterdam 5 minit terlewat, Thalys tren yang kami sepatutnya naiki telah berlepas. Kami agak kecewa kerana terpaksa membeli tiket baru yang berharga lebih dua kali ganda dari harga yang kami beli online. Tapi apakan daya, terpaksa juga membeli. Nota untuk diri sendiri, walaupon menaiki tren saya mesti jarakkan perjalanan seterusnya sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam untuk memberi ruang kepada pelbagai kemungkinan dan kali ini kerana ada delay di Doha. Kami yang tadi kelam kabut akhirnya bersantai-santai di tren stesen sambil minum coffee dan bun. Sementara menunggu tren yang akan berlepas jam 5 petang, kami sempat masuk ke salah satu convenient shop di situ, terkial-kial untuk membuat bayaran kerana bayaran juga self service. Cash tidak di terima. Credit card adalah sangat perlu kalau berjalan-jalan ke luar negara dan pastikan anda mempunyai pin number.
Suasana sangat sejuk di tren stesen, kami yang tadi tidak memakai thermal mula memunggah pakaian memakai thermal dan winter jacket. Walaupun pertengahan musim bunga, cuaca masih 8 darjah Celcius. Sangat sejuk untuk kita yang berasal dari negara khatulistiwa.
|
Berposing di dalam tren station - Rotterdam Central |
|
Di platform menunggu tren |
Akhirnya tren berwarna merah yang akan membawa kami selama 2 jam 30 minit ke kota Paris pun tiba. Tidak sampai 10 minit hentinya, tren sudah memulakan perjalanan yang akan berhenti di Brussel dan seterusnya Paris Gare Du Nord. Kami yang keletihan terus melelapkan mata selepas conductor datang untuk memeriksa tiket. Tidak sabar rasanya untuk tidur di atas katil setelah hampir 24 jam tidur menegak.
Tepat 2 jam 30 minit kami sampai di station Gare du Nord, terpancar kegembiraan di wajah masing kerana sudah berpijak di negara yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower ini. Akhirnya boleh lah kami prektis ucap "bonjour" "cava" "bien" setelah hampir 3 bulan prektis di group watsapp :) Ini rasanya percutian saya yang ke-2 di kota ini, kali terakhir tahun 2007 bercuti bersama suami. Sebelum itu saya pernah datang ke sini on duty sebanyak tiga kali. Ada lah sedikit pengalaman untuk membawa sahabat-sahabat saya meronda di sini.
|
Baru sampai Paris Gare du Nord di hadapan tren yang kami naiki |
Kami terus menuju ke hotel yang berada berdekatan dengan pintu keluar tren station ini. Saya hanya bertanya pekerja di sini ke mana arah hotel kami kerana banyak pintu keluar. Hotel kami yang bernama Hotel Richmond Gare du Nord betul-betul berada di hadapan pintu masuk, hanya perlu melintas jalan. Leganya rasanya. Kami di beri bilik keluarga yang berada di tingkat 1. Ada 5 katil bujang dan satu bilik air. Bilik agak luas dan bersih. Agenda kami seterusnya ada membersihkan diri, makan dan tidur.
|
Sarapan pagi ini - nasi lemak dan nasi goreng Brahim |
|
Tangga turun dari bilik |
|
Check in counter |
Hari ini hari Ahad, 17 April. jam 4 pagi semua sudah terbangun, maklumlah masih jetlag. Kalau di Malaysia sudah jam 11 pagi. Selesai membersihkan diri, makan ala kadar dan mengemas bagasi masing-masing, kami bersedia untuk mengelilingi kota Paris. Jam 6.30 pagi kami sudah di lobby seterusnya ke metro station. Saya membeli tiket satu carnet mempunyai 10 tiket berharga EUR14.90. Lebih jimat berbanding dengan membeli satu tiket yang berharga EUR1.80, waktu ini EUR1 sama dengan RM4.56.
|
Posing depan tanda tren stesen |
|
Baca Metro Map |
|
Pastikan station terakhir |
|
Di dalam metro |
|
Menuju Eiffel Tower |
Peta kota Paris saya ambil di lobi malam tadi telah siap saya tanda tempat-tempat untuk dilawati. Saya juga bertanya dengan pekerja hotel tentang stesen yang sesuai kami berhenti untuk ke Eiffel tower. Ada 4 stesen yang boleh sampai ke Eiffel Tower, Champ de Mars/Eiffel Tower, Bir-Hakeim, Ecole Militaire dan Trocadero. Mengikut pekerja hotel tadi, pemandangan tercantik adalah melalui Trocadero. Saya pernah ke Eiffel tower melalui stesen Bir-Hakeem beberapa kali.
Setelah hilang penat bergambar hampir 4 jam, kamu bergerak menaiki tren ke Arc di Triomph. Tidak boleh lama di sini kerana sebentar lagi kami perlu menambil bagasi untuk check in di hotel berdekatan dengan tren stesen Gare de Lyon kerana esok pagi-pagi kami akan bergerak ke Geneva.
|
Exit ke Arc de Triomph |
|
Menunggu train |
|
Bergambar depa hop on off bas di hadapan Arc di Triomph |
|
Pemandangan yang cantik sekitar Arc de Triomph |
|
One for the group |
Puas bergambar di sini kami pulang ke hotel dengan menaiki metro lagi. Rupa-rupanya kami mengambil line RER. Terpaksalah turun semula dan berpatah balik. Elok naik metro train, salah seorang dari kami beritahu saya kami salah arah. Terkejut mendengarmya, lantas saya mengajak semua turun di stesen berikutnya dan naik tren di arah bertentangan. Bila naik baru saya check peta, rupanya train yang awal tadi betul. Kami turun lagi dan naik pula train arah bertentangan. Waktu inilah baru salah seorang dari kami terasa ada orang yang mengikut kami. Rupa-rupanya mereka ini geng pick pocket. Dalam diam beg salah seorang dari kami kena seluk, habis duit CHF dikerjakan. Nasib baik lah kami pakai belt yang ikat dipinggang simpan segala barang-barang penting dan duit.
Bila kita kelam kabut waktu inilah geng-geng ini mengambil kesempatan. Sebenarnya saya sudah memeriksa apakah stesen terakhir train ini akan berhenti, jadi kita tidak akan salah train. Sudah saya pastikan tadi cuma bila ada yang kata salah train tindakan reflektif saya adalah turun next station, sebab saya selalu berpesan kepada group saya, kalau kita terpisah pastikan turun di stesen berikutnya dan tunggu di situ.
Setelah mengambil bagasi di hotel kami menaiki train RER menuju ke Gare de Lyon dan seterusnya mendaftar masok Hotel Terminus. Hotel ini betul-betul bertentangan dengan pintu utama tren stesen. Memang sangat convenient. Hotel ini mempunyai lift yang sangat comel, hanya boleh di naiki tiga orang dalam satu masa. Bilik kami berada di tingkat 8, di mana saya memilih dua bilik untuk kami berlima. Wifi sangat laju boleh di guna di dalam bilik, waktu ini lah kami ambil peluang check watsapp, email dan facebook.
Selesai berehat, kami yang asalnya mahu pergi ke Gallery La Fayette terpaksa membatalkan rancangan kerana hari Ahad ianya di tutup. Akhirnya kami berjalan menuju ke Notre Dame. Bukan main jauhnya, perut pulak lapar. Tengah-tengah lapar terjumpa pulak Muzium yang di panggil Jardin de plantes/Museum National d'Histoire Naturelle Paris. Tak kan pulak tak masok bergambar. Geram pulak tengak chery blossom yang tengah berkembang dan macam-macam jenis bunga lagi. Makcik-makcik ni pulak pantang nampak bunga, memang sakan bergambar.
Puas bergambar sambung berjalan ke arah Notre Dame. Singgah pula kedai-kedai tepi jalan beli souvenir. Cari-cari restaurant halal tak jumpa, terus pergi ke Notre Dame. Sampai di Notre Dame masing-masing dah hilang mood untuk bergambar. Cuma ambil sekeping dua sebagai kenangan. Cuaca pun semakin sejuk di tambah pulak dengan hujan. Kami yang tadi pakai jacket agak nipis mula kesejukan. Akhirnya terjumpa restoren halal. Masing-masing memilih kebab dan soft drink dan makan macam dah kebuluran.
Selesai makan, kami mengambil keputusan menaiki teksi untuk pulang ke hotel. Punya lah payah untuk mendapat teksi, akhirnya kami patah balik ke arah Notre Dame, senang pulak dapat teksi, habis di sumbat kami lima orang ke dalam satu teksi. Nasib baik semua kecik-kecik belaka... Lega rasanya tidak payah berjalan. Di jamin masing-masing akan kurus selepas trip ini. Tambang cuma Eur8 tapi kami kasi Eur10. Macam orang kaya pulak he he... Eur2 extra tu dah hampir RM10 duit kita. Sampai saja hotel terus bersihkan diri dan tidur. Masing-masing letih tak terkata tapi sangat berpuas hati. Esok kena bangun awal, tren ke Geneva akan berlepas jam 7.05 pagi. Kita sambung Geneva & Chamonix dalam bahagian ke 3.
|
Di hadapan Hotel Terminus |
No comments:
Post a Comment