Monday, January 27, 2020

Cuti-cuti Amsterdam, Paris, Chamonix, Rome, Pisa, Venice dan Milan Musim Bunga 2016 Bhg 3

Chamonix Mont Blanc


Tidak sabar rasanya untuk melihat puncak Mont Blanc. Sudah lama memasang angan-angan untuk ke sini selepas melihat gambar ahli keluarga yang bercuti di sini beberapa tahun yang lalu. Seawal 6 pagi kami sudah bersedia untuk pergi ke terminal Gare de Lyon yang berada betul-betul di hadapan hotel yang kami. Kami mengucapkan au revoir Paris dan bien venue Chamonix. Kami akan menaiki tren TGVLyria yang akan mengambil masa selama 3 jam 7 minit untuk sampai ke stesen Geneva dan akan menyambung perjalanan seterusnya ke Chamonix dengan menaiki van yang disediakan oleh Chamvan. Saya memilih private transfer untuk trip ini, ianya agak mahal berbanding dengan shared transfer atau shuttle bas tetapi kerana off season jadi pilihan tidak begitu banyak. 

Masuk sahaja ke pintu utama Gare de Lyon, kelihatan kerusi-kerusi menunggu dan barisan tren di hadapan kami. Ramai juga orang di sini yang menunggu untuk menaiki tren. Nampak saja TGVLyria train kami semua terus bergambar di tepi train. Sebelum berlepas, saya ada bertanya salah seorang pekerja di sini tentang platform untuk train kami, rupanya train kami berada di Hall 2 yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk utama. Kami bergegas ke Hall 2 dan melihat papan tanda untuk platform yang bakal kami naiki. Train sudah menunggu di platform, train nombor juga ada di tunjukkan di sisi dinding train jadi kita tidak akan salah menaiki train. Kami mencari gerabak yang sepatutnya kami naiki, iaitu gerabak no 6 yang nun jauh ke belakang untuk kelas 2. Gerabak awal sudah pasti untuk kelas 1. Selesai menyusun beg di tempat letak bagasi yang berada di hadapan pintu masuk, kami duduk di seat number seperti yang tertulis di tiket. Sewaktu membuat booking, saya memilih tempat duduk yang mempunyai meja. Senang untuk kami meletak barang.

Tren bergerak pelahan meninggalkan platform akhirnya bergerak dengan pantas menuju Geneva. Menurut informasi yang saya baca, kelajuan tren ini mencecah 180km/h. Hutan dan ladang kelihatan sepanjang jalan. Kami mendaki gunung ganang dan akhirnya menuruni lereng gunung ke arah Geneva. Kelihatan sungai yang sayup-sayup ke bawah dan juga jalan raya. Sesekali pemadangan terlindung kerana kami masuk dan keluar terowong. Tren juga bergerak agak pelahan di sini kerana trek yang bengkang bengkok menuju ke bawah. Cantiknya tidak terkata, kami hanya mampu mengucapkan subhanallah. Cantik sungguh ciptaan tuhan.

Semasa di dalam tren kami pergi ke gerabak yang menyediakan makanan ringan di sana. Kami berjalan melintasi beberapa gerabak untuk sampai ke cafe. Hanya ada seorang pekerja yang melayan kami dan beberapa cocktail table. Saya memilih latte dan croissant sementara yang lain memilih cappucino dan americano. Ada pulak penumpang yang berbaik hati offer untuk mengambil gambar kami di sini. Kalau tidak salah, latte yang di isi di dalam bekas pakai buang comey lotey ini berharga Eur2.60. Kena la minum sampai habis. Mahal tu!!!


Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Geneva. Kami mengambil bagasi dan menuju ke arah pintu utama. Saya menalipon driver kami melalui nombor yang di beri melalui email. Inez namanya, seorang pemandu wanita yang agak muda. Kami berjalan ke parking yg terletak di tingkat bawah di mana MPV jenis Mercedes menunggu kami di sini. Perjalanan ke Chamonix dihiasi dengan pemandangan banjaran alps yang indah. Driver yang tinggal di Chamonix ini laju sahaja menekan minyak memotong kenderaan sepanjang jalan. Boleh tahan kelajuan kereta kami melebihi 140km/h. Selepas lebih 30 minit perjalanan kami mula mendaki jambatan yang panjang dan tinggi. Gayat juga bila melalui jambatan yang sedang di selenggara. Cuma tinggal sebelah jalan sahaja yang boleh digunakan. Jalan mendaki ke Chamonix di bina di tengah-tengah lurah gunung manakala jalan arah bertentangan berada di lereng bukit, bukan bersebelahan. Sayup2 kelihatan kilang-kilang di bawah sana. Rasa nak pejam mata. Biasa tengok dalam gambar sahaja jalan-jalan yang mencecah awan ini, hari ini kami melaluinya. 

Kami tiba di Chamonix hampir 1 jam 30 minit dari stesen Geneva. Inez meninggalkan kami di pintu hotel Les Cretes Blances. Kami di beri kabin comel bersebelahan dengan kaunter pendaftaran. Terdapat meja makan dan dapur untuk memasak di sini. Tingkat atas ada bilik mandi dan tempat tidur. Sedang kami membersih diri dan minum-minum, kelihatan hujan bertukar menjadi flurries. Alhamdulillah dapat juga melihat salji turun hari ini. Masing-masing berlari keluar melihat flurries yang akhirnya bertukar menjadi kepingan salji. Seronok tak terkata. Ada yang lari keluar dari cabin untuk merasa salji sampai terlupa memakai baju sejuk 😂

Selesai bersiap dengan thermal dan winter jacket kami menuju ke Tourist Information Centre yang terletak hampir dengan hotel. Peta Chamonix telah saya ambil dari kaunter pendaftaran sudah siap ditanda oleh pekerja hotel. Tourist info centre ditutup untuk makan tengahari.  Plan hari ini adalah untuk ke Aiguille du Midi, cable car yang sangat famous ini dan menaiki Montenvers Train, keretapi merah untuk ke Mers de Glace. Untuk tidak membuang masa kami terus bergerak ke arah Aiguille du Midi Cable Car berpandukan peta.  Hari yang sejuk bersalji tidak terasa kerana semua teruja dengan salji yang lebat turun (kalau orang utara kata peghak buih) dan pemandangan sekeliling yang indah. Entah berapa ratus keping gambar kami ambil sebelum sampai Aiguille du Midi tapi masih tidak dapat menggambarkan keindahan sebenar tempat ini. Elok sampai kami di beritahu pemandangan di atas adalah zero kerana kabus tebal. Bagus sekali penjual tiket ini, dia suruh kami datang semula bila cuaca lebih elok.  Rugi saja bayar eur54 tapi satu apa pon tak nampak. Jadi selesai bergambar depan entrance Aiguille du midi kami berpatah balik menuju ke arah train pula.

Kami lalu di celah2 jalan utama terdapat pelbagai kedai. Teringat Cik Ta & Aeshah ada bergambar di sini. Terjumpa satu kedai makanan halal di sini. Kami bercadang untuk makan di situ selepas mendaki gunung dengan Montenvers.

Sampai di stesen Montenvers saya membelikan ticket untuk semua berharga Euro26 seorang.  Selepas menunggu selama 30 menet, sampai lah si Merah untuk membawa kami ke puncak. Teruja sungguh. Ini merupakan train terakhir hari ini dan kami di berikan masa sampai jam 5 pm untuk berpatah balik.

Perjalanan menuju puncak sangat menyeronokkan. Terjumpa pula dengan pelajar dan guru-guru dari Malaysia yang baru lepas menyertai pertandingan di Geneva dan mendapat pingat emas, tapi lupa pulak mereka memasuki pertandingan apa.

Perjalanan hampir 30 minit sekejap sahaja. Elok sampai di hentian, masing-masing sudah tak sabar-sabar nak bermain salji. Di sebabkan cuaca yang sangat sejuk, bateri Handphone habis mati. Nasib baik ada Camera Nikon di bawa bersama.  Macam-macam gaya masing-masing bergambar.  Bila sudah teramat sejuk, kami masuk ke cafe untuk memanaskan badan. 




Chamonix-Mont Blanc terletak Auvergne-Rhones-Alps di tenggara Perancis, di sebelah utara puncak Mont Blanc. Ia merupakan tapak Sukan Olimpik Musim sejuk pertama pada tahun 1924. Chamonix adalah salah satu ski resort tertua di Perancis dan dikenali sebagai "the gateway to the European Cascades". 

Thursday, December 1, 2016

Cuti-cuti Amsterdam, Paris, Chamonix, Rome, Pisa, Venice dan Milan Musim Bunga 2016 Bhg 2

Paris Kami Datang!





Percutian ke Eropah kali ini penuh dengan adventure ditambah pula saya hampir tidak dapat pergi kerana di masukkan ke hospital akibat demam panas dan disyaki denggi kerana anak dan pembantu rumah saya disahkan denggi. Sudah 5 malam di hospital, sudah 2 hari demam kebah doktor masih tidak mahu discharge saya. Hari-hari darah diambil dan hasilnya negative denggi dan blood count adalah normal. Akhirnya pada hari berlepas saya berkeras untuk pulang. Saya minta time off pada waktu pagi  untuk mengambil IC yang sudah lama siap di JPN, driving lesen baru dan packing barang-barang. Selepas keputusan ujian darah sampai, doktor akhirnya membenarkan saya pulang. Jam 8.30 malam baru dapat pulang ke rumah. Waktu inilah kelam kabut siap mengemas, layan anak-anak. Akhirnya jam 10.30 malam saya bertolak ke airport bersama sahabat-sahabat.

Baggage drop off at KLIA - muka bengkak baru lepas buang drip

Joining passenger from Alor Star

Ke imigresen
Before departure

Tepat jam 2 pagi kami berlepas ke Amsterdam menaiki Qatar Airways yang akan transit di Doha selama 2 jam 30 minit. Kerana sudah 5 malam tidak dapat tidur di dalam hospital, saya yang jarang-jarang dapat tidur di dalam pesawat dapat melelapkan mata sekejap di dalam perjalanan ini. Hampir 7 jam kami mendarat di Doha, terus menunaikan solat subuh di musolla yang di sediakan.  Flight kami untuk ke Amsterdam delay hampir 1 jam kerana menunggu joining passenger dari Colombo.

Doha Airport

Charge HP dan makan dulu sementara menunggu masa untuk berlepas

Selesai makan di dalam pesawat kami cuba pejamkan mata untuk perjalanan selama 6 jam 30 minit lagi. Saya banyak menghabiskan masa menonton movies di dalam pesawat. Selesai makan tengahari, kami selamat mendarat di Schipol Airport Amsterdam. Kami sepatutnya tiba jam 12.35 tengahari sampai 1 jam kemudian akibat delay di Doha.

Laluan perjalanan dari Doha

Kami terpaksa berkejar-kejar ke Rotterdam untuk mengambil train ke Paris jam 3.26 petang. Setelah membeli tiket intercity train ke Rotterdam yang berharga EUR12.20, kami menuju ke Platform 4 seperti yang diberitahu oleh ticket counter staff. Elok kami panjat train, ada pulak pekerja di situ yang memanggil kami turun, kononnya tersalah tren. Hampir terlompat kami semua mendengar jeritannya. Beg yang berat hampir 16kg terasa ringan saja di angkat akibat terkejut. Kami semua turun dan akhirnya naik semula kerana memang ini adalah tren menuju ke Rotterdam. Tren biru kuning ini akhirnya bergerak ke Rotterdam yang akan mengambil masa selama 26 minit.  
Menunggu bagasi yang masih belum keluar

Beg semua sudah di ambil

Train ke Rotterdam


Kami sampai di Rotterdam 5 minit terlewat, Thalys tren yang kami sepatutnya naiki telah berlepas. Kami agak kecewa kerana terpaksa membeli tiket baru yang berharga lebih dua kali ganda dari harga yang kami beli online. Tapi apakan daya, terpaksa juga membeli. Nota untuk diri sendiri, walaupon menaiki tren saya mesti jarakkan perjalanan seterusnya sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam untuk memberi ruang kepada pelbagai kemungkinan dan kali ini kerana ada delay di Doha. Kami yang tadi kelam kabut akhirnya bersantai-santai di tren stesen sambil minum coffee dan bun. Sementara menunggu tren yang akan berlepas jam 5 petang, kami sempat masuk ke salah satu convenient shop di situ, terkial-kial untuk membuat bayaran kerana bayaran juga self service. Cash tidak di terima. Credit card adalah sangat perlu kalau berjalan-jalan ke luar negara dan pastikan anda mempunyai pin number.

Suasana sangat sejuk di tren stesen, kami yang tadi tidak memakai thermal mula memunggah pakaian memakai thermal dan winter jacket. Walaupun pertengahan musim bunga, cuaca masih 8 darjah Celcius. Sangat sejuk untuk kita yang berasal dari negara khatulistiwa.  


Berposing di dalam tren station - Rotterdam Central

Di platform menunggu tren

Akhirnya tren berwarna merah yang akan membawa kami selama 2 jam 30 minit ke kota Paris pun tiba. Tidak sampai 10 minit hentinya, tren sudah memulakan perjalanan yang akan berhenti di Brussel dan seterusnya Paris Gare Du Nord. Kami yang keletihan terus melelapkan mata selepas conductor datang untuk memeriksa tiket. Tidak sabar rasanya untuk tidur di atas katil setelah hampir 24 jam tidur menegak.

Tepat 2 jam 30 minit kami sampai di station Gare du Nord, terpancar kegembiraan di wajah masing kerana sudah berpijak di negara yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower ini. Akhirnya boleh lah kami prektis ucap "bonjour" "cava" "bien" setelah hampir 3 bulan prektis di group watsapp :) Ini rasanya percutian saya yang ke-2 di kota ini, kali terakhir tahun 2007 bercuti bersama suami. Sebelum itu saya pernah datang ke sini on duty sebanyak tiga kali. Ada lah sedikit pengalaman untuk membawa sahabat-sahabat saya meronda di sini.

Baru sampai Paris Gare du Nord di hadapan tren yang kami naiki

Kami terus menuju ke hotel yang berada berdekatan dengan pintu keluar tren station ini. Saya hanya bertanya pekerja di sini ke mana arah hotel kami kerana banyak pintu keluar. Hotel kami yang bernama Hotel Richmond Gare du Nord betul-betul berada di hadapan pintu masuk, hanya perlu melintas jalan. Leganya rasanya. Kami di beri bilik keluarga yang berada di tingkat 1. Ada 5 katil bujang dan satu bilik air. Bilik agak luas dan bersih. Agenda kami seterusnya ada membersihkan diri, makan dan tidur.

Sarapan pagi ini - nasi lemak dan nasi goreng Brahim

Tangga turun dari bilik


Check in counter

Hari ini hari Ahad, 17 April. jam 4 pagi semua sudah terbangun, maklumlah masih jetlag. Kalau di Malaysia sudah jam 11 pagi. Selesai membersihkan diri, makan ala kadar dan mengemas bagasi masing-masing, kami bersedia untuk mengelilingi kota Paris. Jam 6.30 pagi kami sudah di lobby seterusnya ke metro station. Saya membeli tiket satu carnet mempunyai 10 tiket berharga EUR14.90. Lebih jimat berbanding dengan membeli satu tiket yang berharga EUR1.80, waktu ini EUR1 sama dengan RM4.56.


Posing depan tanda tren stesen

Baca Metro Map





Pastikan station terakhir

Di dalam metro

Menuju Eiffel Tower

Peta kota Paris saya ambil di lobi malam tadi telah siap saya tanda tempat-tempat untuk dilawati. Saya juga bertanya dengan pekerja hotel tentang stesen yang sesuai kami berhenti untuk ke Eiffel tower.  Ada 4 stesen yang boleh sampai ke Eiffel Tower, Champ de Mars/Eiffel Tower, Bir-Hakeim, Ecole Militaire dan Trocadero. Mengikut pekerja hotel tadi, pemandangan tercantik adalah melalui Trocadero. Saya pernah ke Eiffel tower melalui stesen Bir-Hakeem beberapa kali.

Memandangkan hari ini hari ahad dan baru jam 6.30 pagi, tren metro masih kosong. Hanya kami dan beberapa penumpang sahaja ada di dalam tren. Sampai di stesen kami hanya mengikut tunjuk arah Eiffel tower. Pemandangan Eiffel Tower dari sini sangat menakjubkan. Hari yang sangat cerah dan sejuk dan masih sunyi, cuma ada beberapa penjual souvenirs yang menganggu kami menjual keychain dan fridge magnet. Ada pasangan pengantin membuat sessi photography dan juga satu pasangan dari China yang juga pelancung seperti kami.

Tukang baca peta

Barang wajib di bawa dari hotel - peta dan pen

Kami mengabadikan detik-detik indah ini di lensa camera. Macam-macam gaya macam-macam rupa, hampir 30 minit cuma bergambar dari sini. Jangan tanya perasaan kami waktu ini, tak tercerita, hanya gambar berbicara. Setelah puas bergambar dari jarak jauh, kami menuruni anak tangga menuju ke Eiffel Tower. Ada water fountain di tengah (Jardin du Trocadero) sebelum menyeberangi sungai Siena.

Anniversary persahabatan ke-20 diraikan di sini



Penjual souvenir pun sebok kat belakang tu

Jadi camerawomen ambil gambar pasangan dari China


Macam-macam gaya





Elok tiba di bawah kelihatan pihak berkuasa sedang memasang stage dan alatan muzik. Rupa-rupanya ada Colour Run hari ini, tetapi para peserta masih belum sampai dari larian. Kami yang geng suka bergambar ini tak hirau sangat suasana sekeliling. semua arah kami bergambar. Semua nampak cantik. Rumput pon cantik... ha ha ha





Kemain suka dapat pegang kaki Eiffel Tower

Jardins du Trocadéro

Rumput pon lawa

Sungai Siena 

Berjalan ke arah train station

Skodeng skirt Eiffel Tower

Jardins du Trocadéro with the Eiffel Tower in the background

Peserta Color Run baru sampai

Jalan patah balik ke arah Palais de Challiot

Pokok-pokok cantik sepanjang jalan

Rest sekejap melepaskan penat bergambar

Setelah hilang penat bergambar hampir 4 jam, kamu bergerak menaiki tren ke Arc di Triomph. Tidak boleh lama di sini kerana sebentar lagi kami perlu menambil bagasi untuk check in di hotel berdekatan dengan tren stesen Gare de Lyon kerana esok pagi-pagi kami akan bergerak ke Geneva.

Exit ke Arc de Triomph

Menunggu train
Bergambar depa hop on off bas di hadapan Arc di Triomph



Pemandangan yang cantik sekitar Arc de Triomph 



One for the group

Puas bergambar di sini kami pulang ke hotel dengan menaiki metro lagi. Rupa-rupanya kami mengambil line RER. Terpaksalah turun semula dan berpatah balik. Elok naik metro train, salah seorang dari kami beritahu saya kami salah arah. Terkejut mendengarmya, lantas saya mengajak semua turun di stesen berikutnya dan naik tren di arah bertentangan. Bila naik baru saya check peta, rupanya train yang awal tadi betul. Kami turun lagi dan naik pula train arah bertentangan. Waktu inilah baru salah seorang dari kami terasa ada orang yang mengikut kami. Rupa-rupanya mereka ini geng pick pocket. Dalam diam beg salah seorang dari kami kena seluk, habis duit CHF dikerjakan. Nasib baik lah kami pakai belt yang ikat dipinggang simpan segala barang-barang penting dan duit.

Bila kita kelam kabut waktu inilah geng-geng ini mengambil kesempatan. Sebenarnya saya sudah memeriksa apakah stesen terakhir train ini akan berhenti, jadi kita tidak akan salah train. Sudah saya pastikan tadi cuma bila ada yang kata salah train tindakan reflektif saya adalah turun next station, sebab saya selalu berpesan kepada group saya, kalau kita terpisah pastikan turun di stesen berikutnya dan tunggu di situ.

Setelah mengambil bagasi di hotel kami menaiki train RER menuju ke Gare de Lyon dan seterusnya mendaftar masok Hotel Terminus. Hotel ini betul-betul bertentangan dengan pintu utama tren stesen. Memang sangat convenient. Hotel ini mempunyai lift yang sangat comel, hanya boleh di naiki tiga orang dalam satu masa. Bilik kami berada di tingkat 8, di mana saya memilih dua bilik untuk kami berlima. Wifi sangat laju boleh di guna di dalam bilik, waktu ini lah kami ambil peluang check watsapp, email dan facebook.

Selesai berehat, kami yang asalnya mahu pergi ke Gallery La Fayette terpaksa membatalkan rancangan kerana hari Ahad ianya di tutup. Akhirnya kami berjalan menuju ke Notre Dame. Bukan main jauhnya, perut pulak lapar. Tengah-tengah lapar terjumpa pulak Muzium yang di panggil Jardin de plantes/Museum National d'Histoire Naturelle Paris. Tak kan pulak tak masok bergambar. Geram pulak tengak chery blossom yang tengah berkembang dan macam-macam jenis bunga lagi. Makcik-makcik ni pulak pantang nampak bunga, memang sakan bergambar.








Puas bergambar sambung berjalan ke arah Notre Dame. Singgah pula kedai-kedai tepi jalan beli souvenir. Cari-cari restaurant halal tak jumpa, terus pergi ke Notre Dame. Sampai di Notre Dame masing-masing dah hilang mood untuk bergambar. Cuma ambil sekeping dua sebagai kenangan. Cuaca pun semakin sejuk di tambah pulak dengan hujan. Kami yang tadi pakai jacket agak nipis mula kesejukan. Akhirnya terjumpa restoren halal. Masing-masing memilih kebab dan soft drink dan makan macam dah kebuluran.

Selesai makan, kami mengambil keputusan menaiki teksi untuk pulang ke hotel. Punya lah payah untuk mendapat teksi, akhirnya kami patah balik ke arah Notre Dame, senang pulak dapat teksi, habis di sumbat kami lima orang ke dalam satu teksi. Nasib baik semua kecik-kecik belaka... Lega rasanya tidak payah berjalan. Di jamin masing-masing akan kurus selepas trip ini. Tambang cuma Eur8 tapi kami kasi Eur10. Macam orang kaya pulak he he... Eur2 extra tu dah hampir RM10 duit kita. Sampai saja hotel terus bersihkan diri dan tidur. Masing-masing letih tak terkata tapi sangat berpuas hati. Esok kena bangun awal, tren ke Geneva akan berlepas jam 7.05 pagi. Kita sambung Geneva & Chamonix dalam bahagian ke 3.



Di hadapan Hotel Terminus