Showing posts with label prague. Show all posts
Showing posts with label prague. Show all posts

Monday, January 27, 2020

Cuti-cuti Amsterdam, Paris, Chamonix, Rome, Pisa, Venice dan Milan Musim Bunga 2016 Bhg 3

Chamonix Mont Blanc


Tidak sabar rasanya untuk melihat puncak Mont Blanc. Sudah lama memasang angan-angan untuk ke sini selepas melihat gambar ahli keluarga yang bercuti di sini beberapa tahun yang lalu. Seawal 6 pagi kami sudah bersedia untuk pergi ke terminal Gare de Lyon yang berada betul-betul di hadapan hotel yang kami. Kami mengucapkan au revoir Paris dan bien venue Chamonix. Kami akan menaiki tren TGVLyria yang akan mengambil masa selama 3 jam 7 minit untuk sampai ke stesen Geneva dan akan menyambung perjalanan seterusnya ke Chamonix dengan menaiki van yang disediakan oleh Chamvan. Saya memilih private transfer untuk trip ini, ianya agak mahal berbanding dengan shared transfer atau shuttle bas tetapi kerana off season jadi pilihan tidak begitu banyak. 

Masuk sahaja ke pintu utama Gare de Lyon, kelihatan kerusi-kerusi menunggu dan barisan tren di hadapan kami. Ramai juga orang di sini yang menunggu untuk menaiki tren. Nampak saja TGVLyria train kami semua terus bergambar di tepi train. Sebelum berlepas, saya ada bertanya salah seorang pekerja di sini tentang platform untuk train kami, rupanya train kami berada di Hall 2 yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk utama. Kami bergegas ke Hall 2 dan melihat papan tanda untuk platform yang bakal kami naiki. Train sudah menunggu di platform, train nombor juga ada di tunjukkan di sisi dinding train jadi kita tidak akan salah menaiki train. Kami mencari gerabak yang sepatutnya kami naiki, iaitu gerabak no 6 yang nun jauh ke belakang untuk kelas 2. Gerabak awal sudah pasti untuk kelas 1. Selesai menyusun beg di tempat letak bagasi yang berada di hadapan pintu masuk, kami duduk di seat number seperti yang tertulis di tiket. Sewaktu membuat booking, saya memilih tempat duduk yang mempunyai meja. Senang untuk kami meletak barang.

Tren bergerak pelahan meninggalkan platform akhirnya bergerak dengan pantas menuju Geneva. Menurut informasi yang saya baca, kelajuan tren ini mencecah 180km/h. Hutan dan ladang kelihatan sepanjang jalan. Kami mendaki gunung ganang dan akhirnya menuruni lereng gunung ke arah Geneva. Kelihatan sungai yang sayup-sayup ke bawah dan juga jalan raya. Sesekali pemadangan terlindung kerana kami masuk dan keluar terowong. Tren juga bergerak agak pelahan di sini kerana trek yang bengkang bengkok menuju ke bawah. Cantiknya tidak terkata, kami hanya mampu mengucapkan subhanallah. Cantik sungguh ciptaan tuhan.

Semasa di dalam tren kami pergi ke gerabak yang menyediakan makanan ringan di sana. Kami berjalan melintasi beberapa gerabak untuk sampai ke cafe. Hanya ada seorang pekerja yang melayan kami dan beberapa cocktail table. Saya memilih latte dan croissant sementara yang lain memilih cappucino dan americano. Ada pulak penumpang yang berbaik hati offer untuk mengambil gambar kami di sini. Kalau tidak salah, latte yang di isi di dalam bekas pakai buang comey lotey ini berharga Eur2.60. Kena la minum sampai habis. Mahal tu!!!


Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Geneva. Kami mengambil bagasi dan menuju ke arah pintu utama. Saya menalipon driver kami melalui nombor yang di beri melalui email. Inez namanya, seorang pemandu wanita yang agak muda. Kami berjalan ke parking yg terletak di tingkat bawah di mana MPV jenis Mercedes menunggu kami di sini. Perjalanan ke Chamonix dihiasi dengan pemandangan banjaran alps yang indah. Driver yang tinggal di Chamonix ini laju sahaja menekan minyak memotong kenderaan sepanjang jalan. Boleh tahan kelajuan kereta kami melebihi 140km/h. Selepas lebih 30 minit perjalanan kami mula mendaki jambatan yang panjang dan tinggi. Gayat juga bila melalui jambatan yang sedang di selenggara. Cuma tinggal sebelah jalan sahaja yang boleh digunakan. Jalan mendaki ke Chamonix di bina di tengah-tengah lurah gunung manakala jalan arah bertentangan berada di lereng bukit, bukan bersebelahan. Sayup2 kelihatan kilang-kilang di bawah sana. Rasa nak pejam mata. Biasa tengok dalam gambar sahaja jalan-jalan yang mencecah awan ini, hari ini kami melaluinya. 

Kami tiba di Chamonix hampir 1 jam 30 minit dari stesen Geneva. Inez meninggalkan kami di pintu hotel Les Cretes Blances. Kami di beri kabin comel bersebelahan dengan kaunter pendaftaran. Terdapat meja makan dan dapur untuk memasak di sini. Tingkat atas ada bilik mandi dan tempat tidur. Sedang kami membersih diri dan minum-minum, kelihatan hujan bertukar menjadi flurries. Alhamdulillah dapat juga melihat salji turun hari ini. Masing-masing berlari keluar melihat flurries yang akhirnya bertukar menjadi kepingan salji. Seronok tak terkata. Ada yang lari keluar dari cabin untuk merasa salji sampai terlupa memakai baju sejuk 😂

Selesai bersiap dengan thermal dan winter jacket kami menuju ke Tourist Information Centre yang terletak hampir dengan hotel. Peta Chamonix telah saya ambil dari kaunter pendaftaran sudah siap ditanda oleh pekerja hotel. Tourist info centre ditutup untuk makan tengahari.  Plan hari ini adalah untuk ke Aiguille du Midi, cable car yang sangat famous ini dan menaiki Montenvers Train, keretapi merah untuk ke Mers de Glace. Untuk tidak membuang masa kami terus bergerak ke arah Aiguille du Midi Cable Car berpandukan peta.  Hari yang sejuk bersalji tidak terasa kerana semua teruja dengan salji yang lebat turun (kalau orang utara kata peghak buih) dan pemandangan sekeliling yang indah. Entah berapa ratus keping gambar kami ambil sebelum sampai Aiguille du Midi tapi masih tidak dapat menggambarkan keindahan sebenar tempat ini. Elok sampai kami di beritahu pemandangan di atas adalah zero kerana kabus tebal. Bagus sekali penjual tiket ini, dia suruh kami datang semula bila cuaca lebih elok.  Rugi saja bayar eur54 tapi satu apa pon tak nampak. Jadi selesai bergambar depan entrance Aiguille du midi kami berpatah balik menuju ke arah train pula.

Kami lalu di celah2 jalan utama terdapat pelbagai kedai. Teringat Cik Ta & Aeshah ada bergambar di sini. Terjumpa satu kedai makanan halal di sini. Kami bercadang untuk makan di situ selepas mendaki gunung dengan Montenvers.

Sampai di stesen Montenvers saya membelikan ticket untuk semua berharga Euro26 seorang.  Selepas menunggu selama 30 menet, sampai lah si Merah untuk membawa kami ke puncak. Teruja sungguh. Ini merupakan train terakhir hari ini dan kami di berikan masa sampai jam 5 pm untuk berpatah balik.

Perjalanan menuju puncak sangat menyeronokkan. Terjumpa pula dengan pelajar dan guru-guru dari Malaysia yang baru lepas menyertai pertandingan di Geneva dan mendapat pingat emas, tapi lupa pulak mereka memasuki pertandingan apa.

Perjalanan hampir 30 minit sekejap sahaja. Elok sampai di hentian, masing-masing sudah tak sabar-sabar nak bermain salji. Di sebabkan cuaca yang sangat sejuk, bateri Handphone habis mati. Nasib baik ada Camera Nikon di bawa bersama.  Macam-macam gaya masing-masing bergambar.  Bila sudah teramat sejuk, kami masuk ke cafe untuk memanaskan badan. 




Chamonix-Mont Blanc terletak Auvergne-Rhones-Alps di tenggara Perancis, di sebelah utara puncak Mont Blanc. Ia merupakan tapak Sukan Olimpik Musim sejuk pertama pada tahun 1924. Chamonix adalah salah satu ski resort tertua di Perancis dan dikenali sebagai "the gateway to the European Cascades". 

Friday, October 28, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague dan Vienna Autumn 2013 Bhg 3

Prague - pemandangan dari boat


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Jom sambung lagi bahagian ke-3 dan merupakan hari ke-4 percutian ini.
Ahad, 3 November 2013 tepat pukul 8 pagi kami bergerak ke Prague, Czech Republic dengan menaiki van yang disediakan oleh Prague Private Travel and Tours bersama pemandu dan juga guide. Jam 7.30 pagi sudah terpacak pemandu pelancung kami yang berasal dari Prague. Dia datang ditemani suami memandangkan dia sedang hamil 6 bulan. Sebelum itu, jam 6.30 pagi kami sudah bersarapan dekat train station.  Ada beberapa restoren sudah di buka. Croissant dan macchiato menjadi pilihan saya.



MPV yang bakal membawa kami ke Prague

MPV jenis Mercedez sangat selesa untuk 4 penumpang bersama bagasi di belakang yang akan membawa kami ke Prague. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit sejauh 300km. Kami akan berhenti di Karlstejn Castle dan Glass Factory sebelum sampai ke bandar Prague. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad, Glass Factory tutup jadi kami digantikan dengan 1/2 day tour di Old Town. Elok juga, senang nak menjelajah sendiri nanti :)

Kami menyusuri highway dalam Jerman lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum memasuki sempadan antara negara Jerman dan Czech Republic. Sepanjang perjalanan kiri kanan adalah pokok yang berwarna hijau, kuning, oren dan merah kerana sekarang adalah musim luruh, cantiknya subhanallah. Sayang nak pejam mata walaupon mengantuk. Perjalanan 3 jam tak terasa langsung.

Walaupon musim luruh, cuaca agak sejuk di Prague berbanding dengan Nuremberg. Baju thermal memang wajib pakai.  Sewaktu berhenti di kawasan rehat, ada yang bergegas ke tandas untuk pakai thermal. Tak tahan sejuk di tambah pula angin yang agak kencang.  



Permandangan dari highway

Kawasan perumahan sebelum sampai Prague


Sudah menjadi tabiat, setiap kali berjalan saya akan bertanya Mr. Google tentang tempat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak kita perlu tahu sejarah dan budaya tempat tersebut. Kalau bercuti bersama keluarga, soalan pertama dari en suami kepada anak2 adalah ibu negara dan populasi negara tersebut, jadi untuk tidak nampak tak berapa pandai kena lah rajin tanya Mr.Google yang sedia membantu.

Sedikit informasi mengenai Prague atau Praha panggilan orang Czech adalah ibu negara dan bandar terbesar Republic Czech. Ia adalah bandar ke-15 terbesar dalam Kesatuan Eropah. Menurut sejarah, ia juga merupakan ibu negara kerajaan Bohemia. Ia terletak di barat laut negara ini di Sungai Vltava. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 1.26 juta.

Kalau datang sini, antara yang wajib di lawati adalah Prague Castle, Jambatan Charles, Old Town Square yang popular dengan jam astronomi, Jewish Quarter dan macam-macam lagi.  Ini adalah tempat-tempat yang bakal kami lawati nanti.  Tidak lupa juga Hard Rock Cafe.

Tempat pertama persinggahan kami adalah Karlstejn Castle.  Jauh jugak perjalanan ke istana ini melalui kawasan perkampungan yang sangat cantik.  Terletak kira-kira 30km dari bandar Prague. Untuk naik ke istana ini, kederaan perlu ditinggalkan di kaki bukit. Untuk yang tidak mahu mendaki, kereta kuda dan teksi ada disediakan dengan bayaran sebanyak 150CZK (MYR25) seorang. Kami mengambil keputusan untuk berjalan sebab nak bergambar. Rugi pulak tak dapat bergambar sana sini. Perjalanan agak memenatkan sebab mendaki bukit, tercungap-cungap lah jugak. Sebab itu digalakkan pakai kasut sukan kalau pergi makan angin. Pemandu pelancung kami turut serta berjalan bersama untuk ke istana. Walaupon berbadan dua dia lagi steady dari kami.



Rumah comel-comel sepanjang jalan


Bergambar dulu sebelum berpeluh :)


Karsltejn Castle dari kejauhan


Kami di beritahu yang istana ini ditutup sepanjang musim sejuk dan minggu ini adalah minggu terakhir istana ini dibuka.  Istana ini dibina pada tahun 1348 oleh Charles IV, Holy Roman Emperor dan Raja Bohemia.  Istana ini digunakan untuk menyimpan Imperial Regalia serta Bohemian/Czech Crown jewel, holy relics dan khazanah diraja yang lain.

Kami mengambil masa lebih dari 25 minit seperti yang dikhabarkan oleh pemandu pelancung.  Ada yang dah hampir pancit separuh perjalanan.  Lagipon perut dah bernyanyi sebab dah tengah hari. Kiri kanan jalan ada restaurant dan kedai2 souvenirs. Dari kejauhan kami nampak kedai menjual Trdlo. Saya terbaca tentang roti traditional Czech ini dari blog Tepak Sireh. Kami order 3 trdlo utk dikongsi. Rasa trdlo ni seperti cinnamon rolls.


Ini signboard kedai menjual Trdlo


Sharing is caring


Hampir 1 jam baru kami sampai ke istana, kami beli tiket untuk masuk ke dalam istana berharga 270CZK (MYR45) seorang. Kami di bawa masok ke dalam istana bersama kumpulan kecil dari bilik ke bilik. Kamera tidak dibenarkan, jadi tengok saja lah kan.  



Restoren sebelom masok istana


Pemandu pelancung bersama Kak Long naik ke istana


King Charles IV


Kedudukan Karlstejn tower

Tangga untuk ke main tower


Bergambar antara dua tower


Habis sudah tour, bergambar lagi

Selesai bergambar dan hilang pening-pening bauan dalam castle kami turun semula. Perjalanan turun memang laju tapi jadi  jadi perlahan kerana bergambar dan singgah beli souvenir pulak. Agak murah di sini kerana musim lawatan telah berakhir untuk tahun ini.




Perjalanan turun.  Istana berada betul-betul di kiri saya





Bergambar dengan pakcik jual souvenir sementara menunggu Asma tawar menawar


Kami menyambung perjalanan ke Prague. Sepanjang perjalanan mata kami celikkan luas-luas. Bukan selalu boleh melawat ke sini lagi.  Pastinya destinasi lain pula menjadi pilihan kami. Rumah-rumah sekeliling jalan, pokok-pokok dan sungai kelihatan cantik berwarna warni. Tak tahu macam mana nak cerita kecuali yang sudah sampai di sini.  Sungai Vltava terbentang di hadapan kami menandakan kami sudah sampai ke bandar Prague. Mula-mula kami di bawa mengelilingi bandar menaiki kenderaan sebelum diturunkan di Old Town square untuk walking tour.


Rumah dan kedai sebelum sampai bandar Prague



Prague Castle 

Ramai sungguh pelancung dari serata dunia tapi seperti biasa kami pulun bergambar mengalahkan "red indian dapat senapang"! Sedang menunggu astronomy clock berbunyi kami tiba-tiba dikelilingi pelajar cilik dari berbagai negara termasok Jepun. Terpaksa berundur bagi ruang untuk kanak-kanak ini.  Lagipon esok kami akan datang ke sini lagi. Sudah lebih dari 3/4 hari kami di jalanan. Letih, lapar mengantuk semua ada. Kami terus bergerak ke hotel.  

Old Town Squares

Remai pelancung serata dunia sedang membelek Astronomy Clock


Hotel kami berada tidak jauh dari Old Town Squares. Bilik kami merupakan Suite di tingkat 2, satu katil king size berada di dalam bilik dan satu queen size sofa bed yang siap dipasang berada diruang tamu. Kami pindahkan sofa bed ke bilik. Sejuk-sejuk seronok tidur beramai:)

Makan malam adalah makanan yang di bawa dari Malaysia. Nasi briyani, ayam masak merah dan kurma keluaran Brahim, air milo 3in1, biskut dari Malaysia menjadi santapan. Selepas mandi manda kami turun ke bawah berjalan keliling hotel sahaja.  Agenda utama malam ini adalah tidur.

Pagi-pagi kami sudah terjaga, selesai solat subuh sementara menunggu sarapan pagi siap, saya dan Kak Long mula membaca peta dan menandakan tempat-tempat menarik untuk kami lawati hari ini. Selesai minum pagi yang disediakan hotel di tingkat 5 kami terus bergerak keluar.  Kami berjalan menyusuri laluan menghala ke National Museum yang sedang diubahsuai sehingga sampai ke Wenceslas Square.  Wenceslas square sebenarnya adalah segi empat tepat yang sangat panjang. Di kiri kanan jalan terdapat deretan hotel dan restaurant.  Jalan agak bercerun ke arah old town squares. Untuk ke Old Town Squares, kami melalui celahan bangunan di mana terdapat kedai-kedai kecil seperti wet market di sini.


Wenceslas Square berlatarbelakang National Museum 


Wenceslas Square berlatar belakang jalan menuju Old Town Square
Kiosks di celah-celah Wenceslas Square
Tengah-tengah  Squares


Celahan banngunan yang menjadi laluan ke Old Town Squares


Sampai di Old Town kami terus menuju ke Charles Bridge.  Hampir sampai ke Chales Bridge kami di sapa oleh beberapa orang yang berpakaian seperti kelasi yang memberikan kami pamphlet tentang cruise di sungai Vltava.  Kami mengambil cruise seterusnya yang mengambil masa selama satu jam. Memang cantik dan berbaloi sangat menaiki cruise ini.  Kami pastikan ini adalah english speaking cruise :)




Berlatarkan boat kayu yang akan membawa kami sebentar lagi




U-turn di sini :)


Antara canal yang tepi sungai




Charles Bridge di lihat dari sunngai





Sudah puas hampir satu jam menaiki cruise, masa untuk berjalan di atas Charles Bridge yang femes ini. Dari jauh dah kelihatan Prague Castle. Prague castle ini adalah kediaman rasmi Presiden Republik Czec.  Banyak sejarah tentang Prague castle ini yang boleh di baca di mana-mana website. Di atas jambatan ini ada pelukis, penyanyi jalanan dan penjaja souvenir. Memang tak terasa berjalan menyeberangi jambatan sepanjang 621 meter ini. Mengikut cerita dari cruise tadi, Charles Bridge ini sebenarnya menggantikan Judith Bridge yang rosak teruk ketika Great Flood pada tahun 1342. Kami juga bertembung pelajar Malaysia yang juga bercuti ke sini. 


Jalan menuju ke Charles Bridge



Berlatarkan Prague Castle


Pemain muzik jalanan


Selesai meronda, kami mencari restoren makanan Halal yang kami jumpa semasa perjalanan dari Old Town ke Charles bridge. Ada dua restoren yang kami jumpa. Boleh la rehatkan kaki sambil megisi perut. Selepas makan kami menuju ke Old Town Square dan masok ke dalam Astronomy Clock.  Jam ini yang di panggil Orloj dalam bahasa Czech merupakan jam astronomy ke-3 tertua di dunia yang masih beroperasi dipasang pada tahun 1410. Kami terjumpa pasangan pengantin yang menjalan sessi photography perkahwinan di sini. Kami juga singgah di Hard Cafe yang berdekatan yang merupakan salah satu acara wajib bila berjalan-jalan.

Selesai sudah satu hari menjelajah kota Prague, kami memulakan langkah pulang ke hotel. Terasa jauh pula perjalanan bila kaki sudah penat. Esok pagi-pagi kami akan menuju ke Vienna untuk Day Tour. 


Menjamu selera di salah satu restoren halal


Di hadapan Hard Rock Cafe Prague


Monday, October 24, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague & Vienna Autumn 2013

Assalamualaikum... alhamdulillah syukur pagi yang dingin selepas hujan lebat...
Baru merangkak-rangkak belajar blogging. Rasa rugi pulak tak simpan detail travel yang boleh dijadikan reference untuk future travel diri sendiri dan juga rakan2 yang nak travel. 

Baru nak mula mengarang dah ada yang panjat atas riba. Type guna sebelah tangan jer ni. Dia pon pulun menaip jugak.  My little angel Aedan Zikri! Sat lagi kita sambung. Layan dia dulu!

Saya punya first entry ialah percutian ke Germany, Czech Republic & Austria bersama best buddies suka duka bersama kaki travel dari dulu. Our first trip dulu in 2003 ke Beijing. Next entry kita cerita pasal trip ke Beijing. Untuk trip ni, asal usul nak travel 3 orang saja, Aida, Kak Long (Aida's eldest sister) and me. Lagi 10 hari nak travel, Norasma dari group aerobic pulak nak ikut.  Perghh kalut buat booking sebab semua dah siap. Note: Next time kalau nak follow kengkawan jangan last minit, memang mahai segalanya! 

Sebagai persediaan untuk perjalanan ini saya buat booking ikut itinerary perjalanan jadi tak pening kepala. Saya pernah ke Germany beberapa kali tapi semuanya on Business trip jadi semua flight, ground transport dan accommodation di buat oleh secretary. Kita bawa beg saja.   



Itinerary saya plan sudah lama, hampir setahun dan saya juga sediakan checklist. Jadi sebelum nak travel elok study apa yang nak di lihat dan barang yang perlu di bawa. Ini semua penting untuk bajet masa, bajet duit dan sebagainya. Tambah-tambah dapat geng travel yang semua harap dekat kita. Semua plan saya tulis dalam buku termasok bajet dan juga dalam computer. Bajet ni detail termasok ticket, entrance fee, train ticket, makan (saya kutip Eur50 seorang untuk setiap negara. Senang guna duit tu bayar makan minum. Tak payah tiap kali bahagi 4. Yang lebih nanti pulangkan). Jadi sebelum berjalan semua orang boleh plan banyak mana nak simpan duit. 



1. Book flight ticket KUL-FRA-KUL - saya book MAS (sebab saya kerja di MAS waktu tu, mesti la support kompeni kita makan gaji) 
2. Book train ticket from Franfurt Airport ke Nuremberg - saya book ikut https://www.bahn.de. Waktu ni belom pandai book guna Captain Train :)
3. Hotel di Nuremberg - guna booking.com. Cari hotel sebelah train station saja. 
4. Transport ke Prague - saya guna Prague Private Tours, mahal sikit EUR425. Untuk bajet travel, guna bas saja baru Eur25 seorang.  Nak naik train pon boleh tapi sebab saya baru baik denggi, tak naklah stresskan diri sebab kena tukar-tukar. 
5. Hotel di Prague - saya book Deminka Palace Hotel selepas baca blog Tepak Sireh juga menggunakan booking.com.  Saya bayar terus online, dapat additional 20% off. Sebab tambah satu lagi traveler, bayar tambahan Eur25 dikenakan untuk semalam, bayar dekat counter.
6. Day trip to Vienna - guna Martin Tours boleh book online atau beli saja di sana.  Harga sama saja.  
7. Flight dari Prague ke Franfurt - booking thru edreams.com
8. Beli sedikit makanan sementara nak cari Muslim restaurant/kiosks

Trip ni quite short, from 31st October - 7 November 2013.  

Hari pertama, 1/11/2013:
Kami tiba dia Franfurt Airport Terminal 2 (German: Flughafen Frankfurt am Main,  juga dikenali sebagai Rhein-Main-Flughafen - info dari Wikipedia) jam 6.20 pagi. Selepas selesai mengambil bagasi dan imigresen, kami minum pagi di airport. Saya sengaja jarakkan perjalanan ke Nuremberg untuk memberi ruang jika ada kelewatan tiba di Frankfurt. Kalau kita sambung perjalanan menaiki pesawat, transit time biarlah sekurang-kurangnya 6 jam supaya kita tidak terlepas penerbangan seterusnya dan tidak kelam kabut. Memandangkan kami bakal menaiki train, jadi saya jarakkan masa cuma 3 jam. Sementara menanti masa untuk menaiki train, kami ke Money Changer dulu untuk menukar duit dari Euro ke Koruna, matawang Czech Republic. 


Baru sampai FRA airport
Untuk ke train station, kami perlu menaiki Skyline (shuttle train) ke Terminal 1 kerana train station berada di sana. Cukup mudah, ikut saja signboard Skyline dan ia adalah percuma. Berlepas setiap 2-3 minit. Berada di Terminal 2 antara concourse D dan E dan berhenti di Terminal 1, Concourse B. Tidak ramai pon penggunanya. Shuttle bus pon di sediakan tetapi bagi saya lebih mudah menggunakan train sahaja. Ini merupakan kali ke-2 saya menggunakan Skyline di Frankfurt Airport. Saya pernah ke Frankfurt on Business trip ke Brussels, jadi kena naik Skyline untuk mengambil flight ke Brussels.



Makan dulu... besaq pretzelnya
Jam 9 pagi kami sudah menunggu train di platform. Sejuk nyaman macam dalam peti ais dan bertambah sejuk dengan angin yang bertiup manja. Itu tak menghalang kami bergambar macam tak pernah naik train. Suhu waktu pagi lebih kurang 8 degree Celsius. Train di sini sangat mudah, tengok saja train number, coach number dan seat number. Cari lah tempat menunggu mengikut coach number jadi tidak tersalah masok coach. Train tiba tepat pada waktunya dan tidak menunggu begitu lama. Train ini berhenti di Frankfurt main station dan menyambungkan perjalanan ke Nuremberg selama 2jam 45minit dan bersambung ke destinasi seterusnya. Memandang sepanjang dalam flight selama 13 jam kami tidur2 ayam, jadi kami ambil peluang berehat dalam train. Permandangan musim luruh sangat indah di sekeliling kami, tak terasa langsung perjalanan hampir 3 jam.  



Di bawah di sertakan beberapa gambar. Tak boleh tayang gambar tidor nanti ada orang marah... Nanti kita sambung Part 2. Tuan tanah nak memasak pulak :)



Signboard dekat Platform

Platform di Frankfurt Airport

Happy Traveler


With Kak Long atas train


Aida & Norasma


View along the way

Almost reaching Nuremberg