Hari ini, 5 November 2013 kami akan membuat lawatan day trip ke Vienna. Pagi-pagi sesudah subuh kami sudah berjalan kaki ke Old Town Square mencari Martin Tours booth untuk membeli excursion ini. Sunyi sahaja jalan dengan beberapa kereta dan tram. Sebelum sampai di Old Town Square kami terjumpa kedai menjual makanan halal, jadi kami bersarapan dahulu.
makan dulu |
Selesai bersarapan kami menyusuri Old Town Square yang masih sunyi. Sampai sahaja di dataran kami mencari Martin Tours Booth yang berada hampir dengan astronomi clock. Booth masih belum dibuka, jadi kami bergambar dulu di sekeliling Old Town Square yang sunyi. Tak ada photobomb kali ini. Tidak lama kemudian ada pasangan mat salleh yang berasal dari Amerika juga ke datang ke booth. Mereka sebenarnya telah membeli tour ke Vienna ini online, sedang menunggu driver. Kami terus membeli tour yang berharga EUR119 atau CZK3100 yang akan mengambil masa selama 14 jam pergi dan balik.
Bergambar di pintu masuk hotel & Old Town Square |
Sewaktu membeli tiket, kami diberitahu passport mesti di bawa bersama kerana memasuki negara lain. Salah seorang dari kami tidak membawa passport. Setelah berbincang dengan driver, beliau bersetuju untuk singgah mengambil passport. Kami hampir membatalkan trip ini apabila mula-mulanya driver tidak mahu singgah ke hotel. Tak kan tidak mahu menambah pendapatan yang bernilai lebih EUR400 kan! Hanya ada 2 penumpang jika kami tidak mengikuti tour ini.
Akhirnya perjalanan bermula memasuki highway yang masih sepi ke arah Vienna yang akan mengambil masa hampir 4 jam. Kereta meluncur laju melebihi 160km/h memang membuatkan saya kecut perut. Pemandu kami yang campuran Jerman dan Czech memberikan sedikit penerangan tentang trip ini.
Lebih kurang 1 jam perjalanan kami keluar dari highway dan memasuki kawasan kampung. Pemandangan yang indah di sekeliling jalan, mula-mula kami menyusuri kawasan hutan dan memasuki pula kawasan perkampungan dan ladang-ladang. Kelihatan di kawasan rumah yang dipenuhi pokok epal yang masih berbuah. Ladang pula berwarna warni.
Satu yang saya perhatikan, pemandu ini sangat berdisiplin mematuhi kelajuan dalam kawasan kampung. Sedang dia memecut kelajuan 140km/h, elok sahaja melalui kawasan kampung kelajuan dikurangkan ke 60km/h atau 40kh/h mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Setelah melepasi satu bandar besar dan kawasan kasino kami memasuki sempadan Czech Republik dan Austria. Semasa menyeberangi sempadan, passport tidak diperlukan kerana kedua-dua negara termasok daalam kesatuan Eropah. Passport perlu di bawa kerana kadang-kadang spot check di lakukan.
Sempadan Czech Republic dan Austria |
Dari jauh kelihatan Sungai Danube menandakan kami sedang menghampiri Vienna, ibu negara Austria yang juga dipanggil Wien dalam bahasa Jerman. Austria adalah negara ke-2 terbesar di dunia yang kebanyakkan penduduknya menggunakan bahasa German.
Apabila hampir sampai pemandu memasang lagu Blue Danube, terbayang-bayang pula anak-anak saya bermain piano lagu ini. Sudah mula rindu keluarga. Macam bermimpi, kami sudah sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Mozart dan Beethoven berasal dari Vienna.
Danube River |
Perjalanan memasuki bandar Vienna |
Apabila sampai kami di bawa berjalan-jalan mengelilingi bandar bersama pemandu yang sangat tinggi ini. Terkejar-kejar mengikut langkahnya yang panjang-panjang. Bergambar pon terkejar-kejar. Tak sporting langsung driver kami ini, semua mesti ikut jadual, tak boleh lari masa walau 1 minit...
Sedang memberi penerangan tapi kami sibuk bergambar |
Pasangan Amerika yang tinggal di Peru |
Pemandu kami |
Kami di bawa berjalan kaki mengelilingi bandar sambil diberi penerangan. Kami yang rajin bergambar asyik tertinggal di belakang. Antara tempat yang di lawati adalah Istana Schonbrunn yang bermakna musim bunga yang indah, salah satu mercu tanda kota Vienna.
Habis meronda satu bandar, kami di bawa ke Istana Hofburg yang sebahagian darinya merupakan kediaman rasmi dan tempat kerja Presiden Austria. Ia dibina pada abad ke-13 dan telah didiami beberapa orang paling berkuasa dalam sejarah Eropah dan Austria, termasuk raja-raja Dinasti Habsburg, pemerintah Empayar Austria-Hungary. Ia adalah kediaman utama musim sejuk dan Istana Schonbrunn merupakan kediaman musim panas. Istana ini telah berkembang menjadi kediaman, gereja, muzium, pusat theater dan pepustakaan.
Hadapan Hofburg Castle di tepi kenderaan yang kami naiki |
Hofburg Castle di waktu malam |
Parking lot sekitar Hofburg Castle |
Jalan menuju ke Stephenplaz |
Lorong menuju Stephanplaz |
Kami di beri ticket untuk memasuki istana Hofburg untuk melihat Koleksi Imperial Silver, Sisi Musium dan Imperial apartment. Sebelum memasuki Muzium ini, kami di bawa melawat sekitar Stephanplatz, dataran yang terletaknya St. Stephen Cathedral, butik-butik mewah, kedai-kedai makan, Mozart Haus dan macam lagi. Kami di tinggalkan di sini untuk membuat penerokaan sendiri dan berjumpa kembali jam 6 petang.
Penat berjalan kami singgah membeli chocolate keluaran Vienna dan singgah makan di sebuah restaurant. Panini dan teh menjadi pilihan saya. Kami tidak jadi masuk ke muzium kerana masa melawat sudah hampir tamat. Penat sudah, kenyang sudah, sovenir pon sudah kami beli. Masa untuk pulang.
Kami menyusuri perlahan ke arah muzium menunggu pemandu datang. Suasana sangat sejuk kerana angin yang kuat dan musim luruh juga sudah hampir berakhir. Untuk menahan rasa sejuk kami masuk ke kedai souvernir dan bergambar di hadapan Hofburg Castle yang sangat cantik di waktu malam.
Pemandu kami sampai tepat pada waktunya dan kami meninggalkan bandar Vienna dengan rasa syukur kerana diberi pelung melihat kota yang indah ini. Ketika hendak memasuki highway, ada kemalangan telah berlaku, hampir 45 minit kami tersangkut di sini.
Pemandu kami yang sangat menepati waktu ini membawa kami dengan laju memasuki kawasan kampung dan ladang-ladang yang kami lalui pagi tadi untuk sampai ke hotel kami jam 10 malam seperti di dalam jadual. Kelajuan mencecah 180km/h di dalam kawasan ladang, jalan yang kecil dan malam yang gelap gelita sangat menakutkan. Kami yang keletihan tidak jadi tidur, sampai doa makan pon kami terbaca kerana ketakutan. Hanya Kak Long yang lena nyenyak manakala saya cuba menghilangkan rasa takut dengan bersembang dengan pelancong dari America yang bernama Danielle Bukta. Kami berhenti di salah sebuah kawasan rehat di dalam perjalanan. Tepat jam 10 malam kami sudah sampai di hadapan hotel. Syukur kepada Allah kami sampai dengan selamat.
Malam ini kami makan sahaja bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia. Malam ini kami perlu berkemas barang-barang. Masa untuk pulang telah tiba. Beranak juga beg 24" saya ini. Sambil mengemas saya lihat kak Long rileks sahaja, cuma ada kain telekung, 1 t-shirt lengan pendek, 1 t-shirt lengan panjang, 1 jacket dan 1 shawl. Itulah pakaian yang di pakai selama beberapa hari. Terfikir dalam hati, lepas ini kalau nak travel ikut saja cara Kak Long, kerana banyak pakaian yang saya bawa tidak digunakan. Musim sejuk kan! Berpeluh pon tidak.
Esok jam 5 pagi kami sudah mahu ke Prague Airport untuk mengambil penerbangan jam 7.45 pagi ke Franfurt dan menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari.
Pengalaman indah sepanjang percutian musim luruh ini akan kekal dalam sanubari kami hingga ke akhir hayat. Syukur ke hadrat Ilahi kami sampai ke Kuala Lumpur dengan selamat. Rasa syahdu saja bila peramugari mengucapkan "to all Malaysian, Welcome Home".
No comments:
Post a Comment