Showing posts with label vienna. Show all posts
Showing posts with label vienna. Show all posts

Thursday, November 3, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague dan Vienna Autumn 2013 Bhg 4

Assalamualaikum... selamat pagi.
Hari ini, 5 November 2013 kami akan membuat lawatan day trip ke Vienna. Pagi-pagi sesudah subuh kami sudah berjalan kaki ke Old Town Square mencari Martin Tours booth untuk membeli excursion ini.  Sunyi sahaja jalan dengan beberapa kereta dan tram.  Sebelum sampai di Old Town Square kami terjumpa kedai menjual makanan halal, jadi kami bersarapan dahulu.      

makan dulu


Selesai bersarapan kami menyusuri Old Town Square yang masih sunyi. Sampai sahaja di dataran kami mencari Martin Tours Booth yang berada hampir dengan astronomi clock. Booth masih belum dibuka, jadi kami bergambar dulu di sekeliling Old Town Square yang sunyi. Tak ada photobomb kali ini. Tidak lama kemudian ada pasangan mat salleh yang berasal dari Amerika juga ke datang ke booth. Mereka sebenarnya telah membeli tour ke Vienna ini online, sedang menunggu driver. Kami terus membeli tour yang berharga EUR119 atau CZK3100 yang akan mengambil masa selama 14 jam pergi dan balik.

Bergambar di pintu masuk hotel & Old Town Square

Sewaktu membeli tiket, kami diberitahu passport mesti di bawa bersama kerana memasuki negara lain. Salah seorang dari kami tidak membawa passport.  Setelah berbincang dengan driver, beliau bersetuju untuk singgah mengambil passport. Kami hampir membatalkan trip ini apabila mula-mulanya driver tidak mahu singgah ke hotel. Tak kan tidak mahu menambah pendapatan yang bernilai lebih EUR400 kan! Hanya ada 2 penumpang jika kami tidak mengikuti tour ini.

Membeli excursion di Martin Tours booth

Akhirnya perjalanan bermula memasuki highway yang masih sepi ke arah Vienna yang akan mengambil masa hampir 4 jam. Kereta meluncur laju melebihi 160km/h memang membuatkan saya kecut perut. Pemandu kami yang campuran Jerman dan Czech memberikan sedikit penerangan tentang trip ini.

Lebih kurang 1 jam perjalanan kami keluar dari highway dan memasuki kawasan kampung. Pemandangan yang indah di sekeliling jalan, mula-mula kami menyusuri kawasan hutan dan memasuki pula kawasan perkampungan dan ladang-ladang.  Kelihatan di kawasan rumah yang dipenuhi pokok epal yang masih berbuah. Ladang pula berwarna warni.

Satu yang saya perhatikan, pemandu ini sangat berdisiplin mematuhi kelajuan dalam kawasan kampung. Sedang dia memecut kelajuan 140km/h, elok sahaja melalui kawasan kampung kelajuan dikurangkan ke 60km/h atau 40kh/h mengikut kelajuan yang ditetapkan. 

Pemandangan sepanjang jalan

Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti rehat di sebuah station minyak selama 30 minit. Belum selesai makan, terkejar-kejar kami semua memasuki kenderaan. Asma yang di duduk di belakang sekali menyambung makan sandwich yang belum dihabiskan. Dengan selamba pemandu kami menegur yang tidak boleh makan di dalam kenderaan kerana dia perlu pulangkan dalam keadaan bersih. Alamak kena marah pulak.

Setelah melepasi satu bandar besar dan kawasan kasino kami memasuki sempadan Czech Republik dan Austria. Semasa menyeberangi sempadan, passport tidak diperlukan kerana kedua-dua negara termasok daalam kesatuan Eropah. Passport perlu di bawa kerana kadang-kadang spot check di lakukan.

Sempadan Czech Republic dan Austria


Dari jauh kelihatan Sungai Danube menandakan kami sedang menghampiri Vienna, ibu negara Austria yang juga dipanggil Wien dalam bahasa Jerman. Austria adalah negara ke-2 terbesar di dunia yang kebanyakkan penduduknya menggunakan bahasa German.

Apabila hampir sampai pemandu memasang lagu Blue Danube, terbayang-bayang pula anak-anak saya bermain piano lagu ini.  Sudah mula rindu keluarga. Macam bermimpi, kami sudah sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music.  Mozart dan Beethoven berasal dari Vienna.


Danube River



Perjalanan memasuki bandar Vienna

Apabila sampai kami di bawa berjalan-jalan mengelilingi bandar bersama pemandu yang sangat tinggi ini. Terkejar-kejar mengikut langkahnya yang panjang-panjang. Bergambar pon terkejar-kejar. Tak sporting langsung driver kami ini, semua mesti ikut jadual, tak boleh lari masa walau 1 minit... 

Sedang memberi penerangan tapi kami sibuk bergambar

Pasangan Amerika yang tinggal di Peru

Pemandu kami

Kami di bawa berjalan kaki mengelilingi bandar sambil diberi penerangan. Kami yang rajin bergambar asyik tertinggal di belakang. Antara tempat yang di lawati adalah Istana Schonbrunn yang bermakna musim bunga yang indah, salah satu mercu tanda kota Vienna.  








Habis meronda satu bandar, kami di bawa ke Istana Hofburg yang sebahagian darinya merupakan kediaman rasmi dan tempat kerja Presiden Austria. Ia dibina pada abad ke-13 dan telah didiami beberapa orang paling berkuasa dalam sejarah Eropah dan Austria, termasuk raja-raja Dinasti Habsburg, pemerintah Empayar Austria-Hungary. Ia adalah kediaman utama musim sejuk dan Istana Schonbrunn merupakan kediaman musim panas. Istana ini telah berkembang menjadi kediaman, gereja, muzium, pusat theater dan pepustakaan.


Hadapan Hofburg Castle di tepi kenderaan yang kami naiki

Hofburg Castle di waktu malam

Parking lot sekitar Hofburg Castle

Jalan menuju ke Stephenplaz

Lorong menuju Stephanplaz

Kami di beri ticket untuk memasuki istana Hofburg untuk melihat Koleksi Imperial Silver, Sisi Musium dan Imperial apartment. Sebelum memasuki Muzium ini, kami di bawa melawat sekitar Stephanplatz, dataran yang terletaknya St. Stephen Cathedral, butik-butik mewah, kedai-kedai makan, Mozart Haus dan macam lagi.  Kami di tinggalkan di sini untuk membuat penerokaan sendiri dan berjumpa kembali jam 6 petang.  












Penat berjalan kami singgah membeli chocolate keluaran Vienna dan singgah makan di sebuah restaurant. Panini dan teh menjadi pilihan saya. Kami tidak jadi masuk ke muzium kerana masa melawat sudah hampir tamat. Penat sudah, kenyang sudah, sovenir pon sudah kami beli. Masa untuk pulang.

Kami menyusuri perlahan ke arah muzium menunggu pemandu datang.  Suasana sangat sejuk kerana angin yang kuat dan musim luruh juga sudah hampir berakhir. Untuk menahan rasa sejuk kami masuk ke kedai souvernir dan bergambar di hadapan Hofburg Castle yang sangat cantik di waktu malam.





Pemandu kami sampai tepat pada waktunya dan kami meninggalkan bandar Vienna dengan rasa syukur kerana diberi pelung melihat kota yang indah ini.  Ketika hendak memasuki highway, ada kemalangan telah berlaku, hampir 45 minit kami tersangkut di sini.

Pemandu kami yang sangat menepati waktu ini membawa kami dengan laju memasuki kawasan kampung dan ladang-ladang yang kami lalui pagi tadi untuk sampai ke hotel kami jam 10 malam seperti di dalam jadual. Kelajuan mencecah 180km/h di dalam kawasan ladang, jalan yang kecil dan malam yang gelap gelita sangat menakutkan. Kami yang keletihan tidak jadi tidur, sampai doa makan pon kami terbaca kerana ketakutan. Hanya Kak Long yang lena nyenyak manakala saya cuba menghilangkan rasa takut dengan bersembang dengan pelancong dari America yang bernama Danielle Bukta. Kami berhenti di salah sebuah kawasan rehat di dalam perjalanan. Tepat jam 10 malam kami sudah sampai di hadapan hotel. Syukur kepada Allah kami sampai dengan selamat.

Malam ini kami makan sahaja bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia. Malam ini kami perlu berkemas barang-barang. Masa untuk pulang telah tiba. Beranak juga beg 24" saya ini. Sambil mengemas saya lihat kak Long rileks sahaja, cuma ada kain telekung, 1 t-shirt lengan pendek, 1 t-shirt lengan panjang, 1 jacket dan 1 shawl. Itulah pakaian yang di pakai selama beberapa hari. Terfikir dalam hati, lepas ini kalau nak travel ikut saja cara Kak Long, kerana banyak pakaian yang saya bawa tidak digunakan. Musim sejuk kan! Berpeluh pon tidak.  

Esok jam 5 pagi kami sudah mahu ke Prague Airport untuk mengambil penerbangan jam 7.45 pagi ke Franfurt dan menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari. 

Pengalaman indah sepanjang percutian musim luruh ini akan kekal dalam sanubari kami hingga ke akhir hayat. Syukur ke hadrat Ilahi kami sampai ke Kuala Lumpur dengan selamat. Rasa syahdu saja bila peramugari mengucapkan "to all Malaysian, Welcome Home".

Monday, October 24, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague & Vienna Autumn 2013

Assalamualaikum... alhamdulillah syukur pagi yang dingin selepas hujan lebat...
Baru merangkak-rangkak belajar blogging. Rasa rugi pulak tak simpan detail travel yang boleh dijadikan reference untuk future travel diri sendiri dan juga rakan2 yang nak travel. 

Baru nak mula mengarang dah ada yang panjat atas riba. Type guna sebelah tangan jer ni. Dia pon pulun menaip jugak.  My little angel Aedan Zikri! Sat lagi kita sambung. Layan dia dulu!

Saya punya first entry ialah percutian ke Germany, Czech Republic & Austria bersama best buddies suka duka bersama kaki travel dari dulu. Our first trip dulu in 2003 ke Beijing. Next entry kita cerita pasal trip ke Beijing. Untuk trip ni, asal usul nak travel 3 orang saja, Aida, Kak Long (Aida's eldest sister) and me. Lagi 10 hari nak travel, Norasma dari group aerobic pulak nak ikut.  Perghh kalut buat booking sebab semua dah siap. Note: Next time kalau nak follow kengkawan jangan last minit, memang mahai segalanya! 

Sebagai persediaan untuk perjalanan ini saya buat booking ikut itinerary perjalanan jadi tak pening kepala. Saya pernah ke Germany beberapa kali tapi semuanya on Business trip jadi semua flight, ground transport dan accommodation di buat oleh secretary. Kita bawa beg saja.   



Itinerary saya plan sudah lama, hampir setahun dan saya juga sediakan checklist. Jadi sebelum nak travel elok study apa yang nak di lihat dan barang yang perlu di bawa. Ini semua penting untuk bajet masa, bajet duit dan sebagainya. Tambah-tambah dapat geng travel yang semua harap dekat kita. Semua plan saya tulis dalam buku termasok bajet dan juga dalam computer. Bajet ni detail termasok ticket, entrance fee, train ticket, makan (saya kutip Eur50 seorang untuk setiap negara. Senang guna duit tu bayar makan minum. Tak payah tiap kali bahagi 4. Yang lebih nanti pulangkan). Jadi sebelum berjalan semua orang boleh plan banyak mana nak simpan duit. 



1. Book flight ticket KUL-FRA-KUL - saya book MAS (sebab saya kerja di MAS waktu tu, mesti la support kompeni kita makan gaji) 
2. Book train ticket from Franfurt Airport ke Nuremberg - saya book ikut https://www.bahn.de. Waktu ni belom pandai book guna Captain Train :)
3. Hotel di Nuremberg - guna booking.com. Cari hotel sebelah train station saja. 
4. Transport ke Prague - saya guna Prague Private Tours, mahal sikit EUR425. Untuk bajet travel, guna bas saja baru Eur25 seorang.  Nak naik train pon boleh tapi sebab saya baru baik denggi, tak naklah stresskan diri sebab kena tukar-tukar. 
5. Hotel di Prague - saya book Deminka Palace Hotel selepas baca blog Tepak Sireh juga menggunakan booking.com.  Saya bayar terus online, dapat additional 20% off. Sebab tambah satu lagi traveler, bayar tambahan Eur25 dikenakan untuk semalam, bayar dekat counter.
6. Day trip to Vienna - guna Martin Tours boleh book online atau beli saja di sana.  Harga sama saja.  
7. Flight dari Prague ke Franfurt - booking thru edreams.com
8. Beli sedikit makanan sementara nak cari Muslim restaurant/kiosks

Trip ni quite short, from 31st October - 7 November 2013.  

Hari pertama, 1/11/2013:
Kami tiba dia Franfurt Airport Terminal 2 (German: Flughafen Frankfurt am Main,  juga dikenali sebagai Rhein-Main-Flughafen - info dari Wikipedia) jam 6.20 pagi. Selepas selesai mengambil bagasi dan imigresen, kami minum pagi di airport. Saya sengaja jarakkan perjalanan ke Nuremberg untuk memberi ruang jika ada kelewatan tiba di Frankfurt. Kalau kita sambung perjalanan menaiki pesawat, transit time biarlah sekurang-kurangnya 6 jam supaya kita tidak terlepas penerbangan seterusnya dan tidak kelam kabut. Memandangkan kami bakal menaiki train, jadi saya jarakkan masa cuma 3 jam. Sementara menanti masa untuk menaiki train, kami ke Money Changer dulu untuk menukar duit dari Euro ke Koruna, matawang Czech Republic. 


Baru sampai FRA airport
Untuk ke train station, kami perlu menaiki Skyline (shuttle train) ke Terminal 1 kerana train station berada di sana. Cukup mudah, ikut saja signboard Skyline dan ia adalah percuma. Berlepas setiap 2-3 minit. Berada di Terminal 2 antara concourse D dan E dan berhenti di Terminal 1, Concourse B. Tidak ramai pon penggunanya. Shuttle bus pon di sediakan tetapi bagi saya lebih mudah menggunakan train sahaja. Ini merupakan kali ke-2 saya menggunakan Skyline di Frankfurt Airport. Saya pernah ke Frankfurt on Business trip ke Brussels, jadi kena naik Skyline untuk mengambil flight ke Brussels.



Makan dulu... besaq pretzelnya
Jam 9 pagi kami sudah menunggu train di platform. Sejuk nyaman macam dalam peti ais dan bertambah sejuk dengan angin yang bertiup manja. Itu tak menghalang kami bergambar macam tak pernah naik train. Suhu waktu pagi lebih kurang 8 degree Celsius. Train di sini sangat mudah, tengok saja train number, coach number dan seat number. Cari lah tempat menunggu mengikut coach number jadi tidak tersalah masok coach. Train tiba tepat pada waktunya dan tidak menunggu begitu lama. Train ini berhenti di Frankfurt main station dan menyambungkan perjalanan ke Nuremberg selama 2jam 45minit dan bersambung ke destinasi seterusnya. Memandang sepanjang dalam flight selama 13 jam kami tidur2 ayam, jadi kami ambil peluang berehat dalam train. Permandangan musim luruh sangat indah di sekeliling kami, tak terasa langsung perjalanan hampir 3 jam.  



Di bawah di sertakan beberapa gambar. Tak boleh tayang gambar tidor nanti ada orang marah... Nanti kita sambung Part 2. Tuan tanah nak memasak pulak :)



Signboard dekat Platform

Platform di Frankfurt Airport

Happy Traveler


With Kak Long atas train


Aida & Norasma


View along the way

Almost reaching Nuremberg