|
Prague - pemandangan dari boat |
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Jom sambung lagi bahagian ke-3 dan merupakan hari ke-4 percutian ini.
Ahad, 3 November 2013 tepat pukul 8 pagi kami bergerak ke Prague, Czech Republic dengan menaiki van yang disediakan oleh Prague Private Travel and Tours bersama pemandu dan juga guide. Jam 7.30 pagi sudah terpacak pemandu pelancung kami yang berasal dari Prague. Dia datang ditemani suami memandangkan dia sedang hamil 6 bulan. Sebelum itu, jam 6.30 pagi kami sudah bersarapan dekat train station. Ada beberapa restoren sudah di buka. Croissant dan macchiato menjadi pilihan saya.
|
MPV yang bakal membawa kami ke Prague |
MPV jenis Mercedez sangat selesa untuk 4 penumpang bersama bagasi di belakang yang akan membawa kami ke Prague. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit sejauh 300km. Kami akan berhenti di Karlstejn Castle dan Glass Factory sebelum sampai ke bandar Prague. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad, Glass Factory tutup jadi kami digantikan dengan 1/2 day tour di Old Town. Elok juga, senang nak menjelajah sendiri nanti :)
Kami menyusuri highway dalam Jerman lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum memasuki sempadan antara negara Jerman dan Czech Republic. Sepanjang perjalanan kiri kanan adalah pokok yang berwarna hijau, kuning, oren dan merah kerana sekarang adalah musim luruh, cantiknya subhanallah. Sayang nak pejam mata walaupon mengantuk. Perjalanan 3 jam tak terasa langsung.
Walaupon musim luruh, cuaca agak sejuk di Prague berbanding dengan Nuremberg. Baju thermal memang wajib pakai. Sewaktu berhenti di kawasan rehat, ada yang bergegas ke tandas untuk pakai thermal. Tak tahan sejuk di tambah pula angin yang agak kencang.
|
Permandangan dari highway |
|
Kawasan perumahan sebelum sampai Prague |
Sudah menjadi tabiat, setiap kali berjalan saya akan bertanya Mr. Google tentang tempat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak kita perlu tahu sejarah dan budaya tempat tersebut. Kalau bercuti bersama keluarga, soalan pertama dari en suami kepada anak2 adalah ibu negara dan populasi negara tersebut, jadi untuk tidak nampak tak berapa pandai kena lah rajin tanya Mr.Google yang sedia membantu.
Sedikit informasi mengenai Prague atau Praha panggilan orang Czech adalah ibu negara dan bandar terbesar Republic Czech. Ia adalah bandar ke-15 terbesar dalam Kesatuan Eropah. Menurut sejarah, ia juga merupakan ibu negara kerajaan Bohemia. Ia terletak di barat laut negara ini di Sungai Vltava. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 1.26 juta.
Kalau datang sini, antara yang wajib di lawati adalah Prague Castle, Jambatan Charles, Old Town Square yang popular dengan jam astronomi, Jewish Quarter dan macam-macam lagi. Ini adalah tempat-tempat yang bakal kami lawati nanti. Tidak lupa juga Hard Rock Cafe.
Tempat pertama persinggahan kami adalah Karlstejn Castle. Jauh jugak perjalanan ke istana ini melalui kawasan perkampungan yang sangat cantik. Terletak kira-kira 30km dari bandar Prague. Untuk naik ke istana ini, kederaan perlu ditinggalkan di kaki bukit. Untuk yang tidak mahu mendaki, kereta kuda dan teksi ada disediakan dengan bayaran sebanyak 150CZK (MYR25) seorang. Kami mengambil keputusan untuk berjalan sebab nak bergambar. Rugi pulak tak dapat bergambar sana sini. Perjalanan agak memenatkan sebab mendaki bukit, tercungap-cungap lah jugak. Sebab itu digalakkan pakai kasut sukan kalau pergi makan angin. Pemandu pelancung kami turut serta berjalan bersama untuk ke istana. Walaupon berbadan dua dia lagi steady dari kami.
|
Rumah comel-comel sepanjang jalan |
|
Bergambar dulu sebelum berpeluh :) |
|
Karsltejn Castle dari kejauhan |
Kami di beritahu yang istana ini ditutup sepanjang musim sejuk dan minggu ini adalah minggu terakhir istana ini dibuka. Istana ini dibina pada tahun 1348 oleh Charles IV, Holy Roman Emperor dan Raja Bohemia. Istana ini digunakan untuk menyimpan Imperial Regalia serta Bohemian/Czech Crown jewel, holy relics dan khazanah diraja yang lain.
Kami mengambil masa lebih dari 25 minit seperti yang dikhabarkan oleh pemandu pelancung. Ada yang dah hampir pancit separuh perjalanan. Lagipon perut dah bernyanyi sebab dah tengah hari. Kiri kanan jalan ada restaurant dan kedai2 souvenirs. Dari kejauhan kami nampak kedai menjual Trdlo. Saya terbaca tentang roti traditional Czech ini dari blog Tepak Sireh. Kami order 3 trdlo utk dikongsi. Rasa trdlo ni seperti cinnamon rolls.
|
Ini signboard kedai menjual Trdlo |
|
Sharing is caring |
Hampir 1 jam baru kami sampai ke istana, kami beli tiket untuk masuk ke dalam istana berharga 270CZK (MYR45) seorang. Kami di bawa masok ke dalam istana bersama kumpulan kecil dari bilik ke bilik. Kamera tidak dibenarkan, jadi tengok saja lah kan.
|
Restoren sebelom masok istana |
|
Pemandu pelancung bersama Kak Long naik ke istana |
|
King Charles IV |
|
Kedudukan Karlstejn tower |
|
Tangga untuk ke main tower |
|
Bergambar antara dua tower |
|
Habis sudah tour, bergambar lagi |
Selesai bergambar dan hilang pening-pening bauan dalam castle kami turun semula. Perjalanan turun memang laju tapi jadi jadi perlahan kerana bergambar dan singgah beli souvenir pulak. Agak murah di sini kerana musim lawatan telah berakhir untuk tahun ini.
|
Perjalanan turun. Istana berada betul-betul di kiri saya |
|
Bergambar dengan pakcik jual souvenir sementara menunggu Asma tawar menawar |
Kami menyambung perjalanan ke Prague. Sepanjang perjalanan mata kami celikkan luas-luas. Bukan selalu boleh melawat ke sini lagi. Pastinya destinasi lain pula menjadi pilihan kami. Rumah-rumah sekeliling jalan, pokok-pokok dan sungai kelihatan cantik berwarna warni. Tak tahu macam mana nak cerita kecuali yang sudah sampai di sini. Sungai Vltava terbentang di hadapan kami menandakan kami sudah sampai ke bandar Prague. Mula-mula kami di bawa mengelilingi bandar menaiki kenderaan sebelum diturunkan di Old Town square untuk walking tour.
|
Rumah dan kedai sebelum sampai bandar Prague |
|
Prague Castle |
Ramai sungguh pelancung dari serata dunia tapi seperti biasa kami pulun bergambar mengalahkan "red indian dapat senapang"! Sedang menunggu astronomy clock berbunyi kami tiba-tiba dikelilingi pelajar cilik dari berbagai negara termasok Jepun. Terpaksa berundur bagi ruang untuk kanak-kanak ini. Lagipon esok kami akan datang ke sini lagi. Sudah lebih dari 3/4 hari kami di jalanan. Letih, lapar mengantuk semua ada. Kami terus bergerak ke hotel.
|
Old Town Squares |
|
Remai pelancung serata dunia sedang membelek Astronomy Clock |
Hotel kami berada tidak jauh dari Old Town Squares. Bilik kami merupakan Suite di tingkat 2, satu katil king size berada di dalam bilik dan satu queen size sofa bed yang siap dipasang berada diruang tamu. Kami pindahkan sofa bed ke bilik. Sejuk-sejuk seronok tidur beramai:)
Makan malam adalah makanan yang di bawa dari Malaysia. Nasi briyani, ayam masak merah dan kurma keluaran Brahim, air milo 3in1, biskut dari Malaysia menjadi santapan. Selepas mandi manda kami turun ke bawah berjalan keliling hotel sahaja. Agenda utama malam ini adalah tidur.
Pagi-pagi kami sudah terjaga, selesai solat subuh sementara menunggu sarapan pagi siap, saya dan Kak Long mula membaca peta dan menandakan tempat-tempat menarik untuk kami lawati hari ini. Selesai minum pagi yang disediakan hotel di tingkat 5 kami terus bergerak keluar. Kami berjalan menyusuri laluan menghala ke National Museum yang sedang diubahsuai sehingga sampai ke Wenceslas Square. Wenceslas square sebenarnya adalah segi empat tepat yang sangat panjang. Di kiri kanan jalan terdapat deretan hotel dan restaurant. Jalan agak bercerun ke arah old town squares. Untuk ke Old Town Squares, kami melalui celahan bangunan di mana terdapat kedai-kedai kecil seperti wet market di sini.
|
Wenceslas Square berlatarbelakang National Museum |
|
Wenceslas Square berlatar belakang jalan menuju Old Town Square |
|
Kiosks di celah-celah Wenceslas Square |
|
Tengah-tengah Squares |
|
Celahan banngunan yang menjadi laluan ke Old Town Squares |
Sampai di Old Town kami terus menuju ke Charles Bridge. Hampir sampai ke Chales Bridge kami di sapa oleh beberapa orang yang berpakaian seperti kelasi yang memberikan kami pamphlet tentang cruise di sungai Vltava. Kami mengambil cruise seterusnya yang mengambil masa selama satu jam. Memang cantik dan berbaloi sangat menaiki cruise ini. Kami pastikan ini adalah english speaking cruise :)
|
Berlatarkan boat kayu yang akan membawa kami sebentar lagi |
|
U-turn di sini :) |
|
Antara canal yang tepi sungai |
|
Charles Bridge di lihat dari sunngai |
Sudah puas hampir satu jam menaiki cruise, masa untuk berjalan di atas Charles Bridge yang femes ini. Dari jauh dah kelihatan Prague Castle. Prague castle ini adalah kediaman rasmi Presiden Republik Czec. Banyak sejarah tentang Prague castle ini yang boleh di baca di mana-mana website. Di atas jambatan ini ada pelukis, penyanyi jalanan dan penjaja souvenir. Memang tak terasa berjalan menyeberangi jambatan sepanjang 621 meter ini. Mengikut cerita dari cruise tadi, Charles Bridge ini sebenarnya menggantikan Judith Bridge yang rosak teruk ketika Great Flood pada tahun 1342. Kami juga bertembung pelajar Malaysia yang juga bercuti ke sini.
|
Jalan menuju ke Charles Bridge |
|
Berlatarkan Prague Castle |
|
Pemain muzik jalanan |
Selesai meronda, kami mencari restoren makanan Halal yang kami jumpa semasa perjalanan dari Old Town ke Charles bridge. Ada dua restoren yang kami jumpa. Boleh la rehatkan kaki sambil megisi perut. Selepas makan kami menuju ke Old Town Square dan masok ke dalam Astronomy Clock. Jam ini yang di panggil Orloj dalam bahasa Czech merupakan jam astronomy ke-3 tertua di dunia yang masih beroperasi dipasang pada tahun 1410. Kami terjumpa pasangan pengantin yang menjalan sessi photography perkahwinan di sini. Kami juga singgah di Hard Cafe yang berdekatan yang merupakan salah satu acara wajib bila berjalan-jalan.
Selesai sudah satu hari menjelajah kota Prague, kami memulakan langkah pulang ke hotel. Terasa jauh pula perjalanan bila kaki sudah penat. Esok pagi-pagi kami akan menuju ke Vienna untuk Day Tour.
|
Menjamu selera di salah satu restoren halal |
|
Di hadapan Hard Rock Cafe Prague |
No comments:
Post a Comment