Assalamualaikum... alhamdulillah syukur pagi yang dingin selepas hujan lebat...
Baru merangkak-rangkak belajar blogging. Rasa rugi pulak tak simpan detail travel yang boleh dijadikan reference untuk future travel diri sendiri dan juga rakan2 yang nak travel.
Baru nak mula mengarang dah ada yang panjat atas riba. Type guna sebelah tangan jer ni. Dia pon pulun menaip jugak. My little angel Aedan Zikri! Sat lagi kita sambung. Layan dia dulu!
Saya punya first entry ialah percutian ke Germany, Czech Republic & Austria bersama best buddies suka duka bersama kaki travel dari dulu. Our first trip dulu in 2003 ke Beijing. Next entry kita cerita pasal trip ke Beijing. Untuk trip ni, asal usul nak travel 3 orang saja, Aida, Kak Long (Aida's eldest sister) and me. Lagi 10 hari nak travel, Norasma dari group aerobic pulak nak ikut. Perghh kalut buat booking sebab semua dah siap. Note: Next time kalau nak follow kengkawan jangan last minit, memang mahai segalanya!
Sebagai persediaan untuk perjalanan ini saya buat booking ikut itinerary perjalanan jadi tak pening kepala. Saya pernah ke Germany beberapa kali tapi semuanya on Business trip jadi semua flight, ground transport dan accommodation di buat oleh secretary. Kita bawa beg saja.
Itinerary saya plan sudah lama, hampir setahun dan saya juga sediakan checklist. Jadi sebelum nak travel elok study apa yang nak di lihat dan barang yang perlu di bawa. Ini semua penting untuk bajet masa, bajet duit dan sebagainya. Tambah-tambah dapat geng travel yang semua harap dekat kita. Semua plan saya tulis dalam buku termasok bajet dan juga dalam computer. Bajet ni detail termasok ticket, entrance fee, train ticket, makan (saya kutip Eur50 seorang untuk setiap negara. Senang guna duit tu bayar makan minum. Tak payah tiap kali bahagi 4. Yang lebih nanti pulangkan). Jadi sebelum berjalan semua orang boleh plan banyak mana nak simpan duit.
1. Book flight ticket KUL-FRA-KUL - saya book MAS (sebab saya kerja di MAS waktu tu, mesti la support kompeni kita makan gaji)
2. Book train ticket from Franfurt Airport ke Nuremberg - saya book ikut https://www.bahn.de. Waktu ni belom pandai book guna Captain Train :)
3. Hotel di Nuremberg - guna booking.com. Cari hotel sebelah train station saja.
4. Transport ke Prague - saya guna Prague Private Tours, mahal sikit EUR425. Untuk bajet travel, guna bas saja baru Eur25 seorang. Nak naik train pon boleh tapi sebab saya baru baik denggi, tak naklah stresskan diri sebab kena tukar-tukar.
5. Hotel di Prague - saya book Deminka Palace Hotel selepas baca blog Tepak Sireh juga menggunakan booking.com. Saya bayar terus online, dapat additional 20% off. Sebab tambah satu lagi traveler, bayar tambahan Eur25 dikenakan untuk semalam, bayar dekat counter.
6. Day trip to Vienna - guna Martin Tours boleh book online atau beli saja di sana. Harga sama saja.
7. Flight dari Prague ke Franfurt - booking thru edreams.com
8. Beli sedikit makanan sementara nak cari Muslim restaurant/kiosks
Trip ni quite short, from 31st October - 7 November 2013.
Hari pertama, 1/11/2013:
Kami tiba dia Franfurt Airport Terminal 2 (German: Flughafen Frankfurt am Main, juga dikenali sebagai Rhein-Main-Flughafen - info dari Wikipedia) jam 6.20 pagi. Selepas selesai mengambil bagasi dan imigresen, kami minum pagi di airport. Saya sengaja jarakkan perjalanan ke Nuremberg untuk memberi ruang jika ada kelewatan tiba di Frankfurt. Kalau kita sambung perjalanan menaiki pesawat, transit time biarlah sekurang-kurangnya 6 jam supaya kita tidak terlepas penerbangan seterusnya dan tidak kelam kabut. Memandangkan kami bakal menaiki train, jadi saya jarakkan masa cuma 3 jam. Sementara menanti masa untuk menaiki train, kami ke Money Changer dulu untuk menukar duit dari Euro ke Koruna, matawang Czech Republic.
Baru sampai FRA airport |
Untuk ke train station, kami perlu menaiki Skyline (shuttle train) ke Terminal 1 kerana train station berada di sana. Cukup mudah, ikut saja signboard Skyline dan ia adalah percuma. Berlepas setiap 2-3 minit. Berada di Terminal 2 antara concourse D dan E dan berhenti di Terminal 1, Concourse B. Tidak ramai pon penggunanya. Shuttle bus pon di sediakan tetapi bagi saya lebih mudah menggunakan train sahaja. Ini merupakan kali ke-2 saya menggunakan Skyline di Frankfurt Airport. Saya pernah ke Frankfurt on Business trip ke Brussels, jadi kena naik Skyline untuk mengambil flight ke Brussels.
Makan dulu... besaq pretzelnya |
Jam 9 pagi kami sudah menunggu train di platform. Sejuk nyaman macam dalam peti ais dan bertambah sejuk dengan angin yang bertiup manja. Itu tak menghalang kami bergambar macam tak pernah naik train. Suhu waktu pagi lebih kurang 8 degree Celsius. Train di sini sangat mudah, tengok saja train number, coach number dan seat number. Cari lah tempat menunggu mengikut coach number jadi tidak tersalah masok coach. Train tiba tepat pada waktunya dan tidak menunggu begitu lama. Train ini berhenti di Frankfurt main station dan menyambungkan perjalanan ke Nuremberg selama 2jam 45minit dan bersambung ke destinasi seterusnya. Memandang sepanjang dalam flight selama 13 jam kami tidur2 ayam, jadi kami ambil peluang berehat dalam train. Permandangan musim luruh sangat indah di sekeliling kami, tak terasa langsung perjalanan hampir 3 jam.
Di bawah di sertakan beberapa gambar. Tak boleh tayang gambar tidor nanti ada orang marah... Nanti kita sambung Part 2. Tuan tanah nak memasak pulak :)
Signboard dekat Platform |
Platform di Frankfurt Airport |
Happy Traveler |
With Kak Long atas train |
Aida & Norasma |
View along the way |
Almost reaching Nuremberg |
😍😍😍
ReplyDelete😍😍😍
Delete😍😍😍
Delete😍😍😍
ReplyDelete