Showing posts with label nuremberg. Show all posts
Showing posts with label nuremberg. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague and Vienna Autumn 2013 Bhg. 2



Image result
Nuremberg - photo from Germany Travel About.com

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sambungan dari cerita semalam, lebih kurang jam 1 pm, kami selamat sampai di Nuremberg Station. Terus check in hotel yang betul-betul bersebelahan train station, Ringhotel Loew's Merkur Nürnberg. Kami bakal menginap di sini selama 2 malam. Hotel ini dipilih kerana kedudukannya yg cuma 50 meter dari pintu keluar train station dan untuk ke Altstadt, kami perlu masuk semula ke dalam train station dan keluar ikut pintu arah bertentangan. 

Sedikit informasi tentang Nuremberg.
Nuremberg adalah sebuah bandar di utara Bavaria, dibezakan oleh senibina pertengahan seperti kubu dan menara batu di Altstadt (Old Town). Di pinggir utara Altstadt di kelilingi oleh bangunan-bangunan berbumbung merah terletaknya Castle Kaiserburg.  Di Hauptmarkt (Central Square) terdapat Schoner Brunnen, pacutan air yang cantik dan Frauenkirche, gereja Gothic abad ke 14 - info dari Wikipedia

Di hadapan Tourist Info Centre dan juga jalan utama ke Altstadt (Old Town).
Setelah berehat sebentar, kami terus keluar untuk melihat bandar Nuremberg.  Tempat pertama yang kami tuju semestinya Tourist Information Centre yang terletak berhampiran train station.  Untuk tidak membuang masa dan kami pon memang dah jetlag, kami mengambil keputusan untuk menaiki tour bus untuk keliling Nuremberg berharga EUR18 seorang.  Memandangkan bas untuk English speaking driver sudah berlepas, kami naik saja la German speaking bus. Sepatah haram tak paham apa dia cakap. Yang penting dapat melihat tempat sekeliling dan esoknya kami akan jelajah dengan berjalan kaki.

Bas kuning di hadapan Tourist Info Centre 

Di atas Bas kuning

Balai Bomba

Permandangan sekitar Nuremburg dari atas bas.

Bus ni akan berhenti sekali di dalam perjalanan di mana penumpang diberi masa 1 jam untuk melihat sekeliling bandar sebelum meneruskan perjalanan semula.  Sempat la bergambar sekejap.  Perjalanan seterusnya dah ala-ala tenggelam timbul sebab tertidur. 


Bergambar dengan bas :)

Segala tempat kita bergambar
Selepas tertidur dalam bas dan diturunkan semula oleh pemandu bas, kami mula mencari tempat untuk mengisi perut. Terjumpa halal restoren (typical muslim restoren di Europe), terus bagi salam dan order makanan. Sebenarnya banyak halal restaurant di sini.  Tidak hairan kenapa banyak halal restoren di Jerman kerana penduduk Islam di sini ada hampir 5 juta termasuk rakyat Jerman dan pendatang. 


Salah satu makanan yang dipilih - fried rice dengan ayam
Selesai makan terus balik berehat di dalam bilik. Kununnya nak meronda malam nanti, sedar-sedar dah 3 pagi. Disebabkan perbezaan masa 7 jam dari Malaysia, mata kami terbuka luas dan lapar pulak.  Nasib baik la bawa makanan favorite bila travel - Brahim, milo 3in1 dan Sharp travel cooker. Banyak jasa travel cooker ini yang dibeli di Jepun Narita Airport tahun 2005.    

Awal pagi kami sudah keluar dari hotel dan breakfast di train station.  Roti panjang dengan cheese dan tomato pilihan Kak Long dan Aida, Asma dan saya memilih croissant. Cafe macchiato menjadi pilihan minuman. Saya yang selalu mabuk coffee boleh minum 2 gelas dan tidak pening-pening atau tidak boleh tidur malam.  Mungkin disebabkan kandungan acid yang rendah di dalam coffeenya.  Jadi kalau anda ke Germany jangan lupa cuba Macchiato. 

Selesai breakfast sempat belek-belek bunga dalam kedai dulu. Maklum la miss bunga ada bersama. 


Kalau semalam kami lintas jalan ikut suka hati atas laluan tram yang berselirat, hari ini kami jumpa underground crosswalk yang tembus terus ke Alstadt.  Sepanjang berjalan kami kagum sungguh dengan reka bentuk bangunan di sini. Rasa macam sudah masok ke zaman lain.  Banyak kiosk pretzel di tepi jalan yang harus di cuba. Banyak versi sejarah pretzel ini, salah satu ceritanya ialah pretzel berasal dari sebuah daerah selatan Germany dan mula di buat pada awal abad ke 12. 


Miss bunga tengah belek bunga :)

Laluan underground dari train station ke Old Town

Asma di hadapan salah satu kiosk pretzel




Dalam perjalanan bertembung beberapa orang Melayu dari MARA Malaysia yang datang untuk conference di sini. Selepas bersembang sekejap kami meneruskan perjalanan. Bermacam-macam kedai kiri kanan jalan, jadi kena jalan perlahan untuk melihat segala jenis barang.  

Untuk sampai ke Castle Kaiserburg, kami perlu melepasi jambatan yang cantik dua kali. Bertemu pula wet market di central square. Kami hanya membeli buah dan cookies.  Di sini terdapat water fountain bertingkat-tingkat yang sangat cantik bertentang dengan gereja lama yang berwarna kehitaman.

Banyak terdapat kedai souvenir di sini, tapi disebabkan perjalanan kami masih jauh, kami kiv dulu beli souvenir takot berat pulak bag nanti.  Lagi pon perjalanan ke Castle Kaiserburg adalah sedikit berbukit, jadi tenaga perlu disimpan.

Letih berjalan, singgah dulu minum kopi di sebuah pub depan Albrecht Durer's house sambil tumpang ke tandas. Dingin dan nyaman minum kopi sambil menikmati pemandangan yang indah. Sedikit perkongsian tentang Albrecht Durer (1471-1528), beliau merupakan seorang pelukis, printmaker dan ahli teori dari Nuremberg. Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Woodcuts Apocalypse, Knight, Death and Devil, Saint Jerome dan Melencolia.


Salah satu jambatan untuk ke Castle Kaiserburg

Rumah Albrecht Durer

Dalam perjalanan ke Castle Kaiserberg

Jalan berbukit untuk ke Castle

Castle Kaiserburg di belakang

Apakah keistimewaan Imperial Castle ini. Nuremberg, yang pertama kali disebut di dalam dokumen sebagai harta diraja pada tahun 1050, memainkan peranan penting di dalam polisi imperial dan domestik raja-raja dan maharaja Salian dan Hohenstaufen. Istana dan bandar adalah tempat perhentian kegemaran raja-raja dan perhimpunan makamah dan Imperial Diet telah diadakan di sini - info dari Bavarian Castle Department Website. 




Taman di kawasan istana


Hadapan istana


Baca map untuk jalan balik


Seluruh bandar dapat di lihat dari tembok ini

Bergambar dalam perjalanan turun

Perjalanan pulang ke hotel



Sebenarnya kami berjalan sekitar 25km mengelilingi Alstadt. Namun tidak terasa penatnya kena suasana yang dingin dan berhenti di sana sini.  Dalam perjalanan pulang kami singgah dibeberapa kedai sekitar Centre Square untuk membeli sedikit souvenir. Kemudian kami juga singgah kawasan yang menempatkan butik-butik mewah seperti Prada, Gucci, LV dan sebagainya. 

Penat berjalan kami singgah makan di restoren halal yang kami makan semalam. Kebab menjadi pilihan hari ini.  Mungkin kerana masih jetlag dan kesan demam denggi, awal malam kami sudah tertidur. Seperti biasa esoknya terbangun awal pagi lagi. Dapat lah mengemas semua barang untuk destinasi seterusnya iaitu Prague. 

Kita sambung cerita tentang Prague di entry seterusnya. 

Sampai hari ini masih terbayang keindahan Nuremberg... (mode: rindu)










Monday, October 24, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague & Vienna Autumn 2013

Assalamualaikum... alhamdulillah syukur pagi yang dingin selepas hujan lebat...
Baru merangkak-rangkak belajar blogging. Rasa rugi pulak tak simpan detail travel yang boleh dijadikan reference untuk future travel diri sendiri dan juga rakan2 yang nak travel. 

Baru nak mula mengarang dah ada yang panjat atas riba. Type guna sebelah tangan jer ni. Dia pon pulun menaip jugak.  My little angel Aedan Zikri! Sat lagi kita sambung. Layan dia dulu!

Saya punya first entry ialah percutian ke Germany, Czech Republic & Austria bersama best buddies suka duka bersama kaki travel dari dulu. Our first trip dulu in 2003 ke Beijing. Next entry kita cerita pasal trip ke Beijing. Untuk trip ni, asal usul nak travel 3 orang saja, Aida, Kak Long (Aida's eldest sister) and me. Lagi 10 hari nak travel, Norasma dari group aerobic pulak nak ikut.  Perghh kalut buat booking sebab semua dah siap. Note: Next time kalau nak follow kengkawan jangan last minit, memang mahai segalanya! 

Sebagai persediaan untuk perjalanan ini saya buat booking ikut itinerary perjalanan jadi tak pening kepala. Saya pernah ke Germany beberapa kali tapi semuanya on Business trip jadi semua flight, ground transport dan accommodation di buat oleh secretary. Kita bawa beg saja.   



Itinerary saya plan sudah lama, hampir setahun dan saya juga sediakan checklist. Jadi sebelum nak travel elok study apa yang nak di lihat dan barang yang perlu di bawa. Ini semua penting untuk bajet masa, bajet duit dan sebagainya. Tambah-tambah dapat geng travel yang semua harap dekat kita. Semua plan saya tulis dalam buku termasok bajet dan juga dalam computer. Bajet ni detail termasok ticket, entrance fee, train ticket, makan (saya kutip Eur50 seorang untuk setiap negara. Senang guna duit tu bayar makan minum. Tak payah tiap kali bahagi 4. Yang lebih nanti pulangkan). Jadi sebelum berjalan semua orang boleh plan banyak mana nak simpan duit. 



1. Book flight ticket KUL-FRA-KUL - saya book MAS (sebab saya kerja di MAS waktu tu, mesti la support kompeni kita makan gaji) 
2. Book train ticket from Franfurt Airport ke Nuremberg - saya book ikut https://www.bahn.de. Waktu ni belom pandai book guna Captain Train :)
3. Hotel di Nuremberg - guna booking.com. Cari hotel sebelah train station saja. 
4. Transport ke Prague - saya guna Prague Private Tours, mahal sikit EUR425. Untuk bajet travel, guna bas saja baru Eur25 seorang.  Nak naik train pon boleh tapi sebab saya baru baik denggi, tak naklah stresskan diri sebab kena tukar-tukar. 
5. Hotel di Prague - saya book Deminka Palace Hotel selepas baca blog Tepak Sireh juga menggunakan booking.com.  Saya bayar terus online, dapat additional 20% off. Sebab tambah satu lagi traveler, bayar tambahan Eur25 dikenakan untuk semalam, bayar dekat counter.
6. Day trip to Vienna - guna Martin Tours boleh book online atau beli saja di sana.  Harga sama saja.  
7. Flight dari Prague ke Franfurt - booking thru edreams.com
8. Beli sedikit makanan sementara nak cari Muslim restaurant/kiosks

Trip ni quite short, from 31st October - 7 November 2013.  

Hari pertama, 1/11/2013:
Kami tiba dia Franfurt Airport Terminal 2 (German: Flughafen Frankfurt am Main,  juga dikenali sebagai Rhein-Main-Flughafen - info dari Wikipedia) jam 6.20 pagi. Selepas selesai mengambil bagasi dan imigresen, kami minum pagi di airport. Saya sengaja jarakkan perjalanan ke Nuremberg untuk memberi ruang jika ada kelewatan tiba di Frankfurt. Kalau kita sambung perjalanan menaiki pesawat, transit time biarlah sekurang-kurangnya 6 jam supaya kita tidak terlepas penerbangan seterusnya dan tidak kelam kabut. Memandangkan kami bakal menaiki train, jadi saya jarakkan masa cuma 3 jam. Sementara menanti masa untuk menaiki train, kami ke Money Changer dulu untuk menukar duit dari Euro ke Koruna, matawang Czech Republic. 


Baru sampai FRA airport
Untuk ke train station, kami perlu menaiki Skyline (shuttle train) ke Terminal 1 kerana train station berada di sana. Cukup mudah, ikut saja signboard Skyline dan ia adalah percuma. Berlepas setiap 2-3 minit. Berada di Terminal 2 antara concourse D dan E dan berhenti di Terminal 1, Concourse B. Tidak ramai pon penggunanya. Shuttle bus pon di sediakan tetapi bagi saya lebih mudah menggunakan train sahaja. Ini merupakan kali ke-2 saya menggunakan Skyline di Frankfurt Airport. Saya pernah ke Frankfurt on Business trip ke Brussels, jadi kena naik Skyline untuk mengambil flight ke Brussels.



Makan dulu... besaq pretzelnya
Jam 9 pagi kami sudah menunggu train di platform. Sejuk nyaman macam dalam peti ais dan bertambah sejuk dengan angin yang bertiup manja. Itu tak menghalang kami bergambar macam tak pernah naik train. Suhu waktu pagi lebih kurang 8 degree Celsius. Train di sini sangat mudah, tengok saja train number, coach number dan seat number. Cari lah tempat menunggu mengikut coach number jadi tidak tersalah masok coach. Train tiba tepat pada waktunya dan tidak menunggu begitu lama. Train ini berhenti di Frankfurt main station dan menyambungkan perjalanan ke Nuremberg selama 2jam 45minit dan bersambung ke destinasi seterusnya. Memandang sepanjang dalam flight selama 13 jam kami tidur2 ayam, jadi kami ambil peluang berehat dalam train. Permandangan musim luruh sangat indah di sekeliling kami, tak terasa langsung perjalanan hampir 3 jam.  



Di bawah di sertakan beberapa gambar. Tak boleh tayang gambar tidor nanti ada orang marah... Nanti kita sambung Part 2. Tuan tanah nak memasak pulak :)



Signboard dekat Platform

Platform di Frankfurt Airport

Happy Traveler


With Kak Long atas train


Aida & Norasma


View along the way

Almost reaching Nuremberg