Friday, November 4, 2016

Cuti-cuti Amsterdam, Paris, Chamonix, Rome, Pisa, Venice dan Milan Musim Bunga 2016



Impian kami untuk mengelilingi Eropah musim bunga 2016 akhirnya tiba. Tanggal 16 April 2016 jam 2 pagi kami berlima meninggal KLIA International Airport menuju Amsterdam Schipol Airport. Kami menaiki Qatar Airways yang akan transit di Doha selama 2 jam 30 minit. 

Sebelum meneruskan cerita pengembaraan kami, saya mulakan dengan persediaan untuk ke sana. Seperti percutian terdahulu, saya masih terpilih menjadi tok batin lagi (panggilan manja sahabat saya Khe Kun). Percutian ini pada asalnya dirancang untuk musim bunga 2015 tapi tok batin pulak pregnant. Kena la tunggu baby besar dulu. Jadi itinerary telah lama dibuat dan diperelok apabila masa membeli ticket hampir tiba.

Ini itinerary kami setelah dirombak beberapa kali. Kami memilih tren sebagai pengankutan utama kami. Adventure lah kununnya!

Day 1- KL - Amsterdam.  Intercity train to Rotterdam. Thalys train to Paris. Overnite Paris
Day 2- Paris Tour. Overnite Paris
Day 3-Train to Geneva. Private Transfer to Chamonix. Overnite Chamonix
Day 4- Private Transfer to Geneva. Geneva Sightseeing, Train to Rome via Milan. Overnite Rome
Day 5- Rome City Tour. Train to Pisa, few hours in Pisa then intercity train to Florence.  Continue Journey to Venice. Overnite Venice
Day 6- Venice Tour. Train to Milan. Overnite Milan
Day 7- Milan Tour & Foxtown Factory Outlet. Overnite Milan
Day 8- Flight to Amsterdam. Drive to Heemskerk, overnite Heemskerk
Day 9- Visit Keukenhof. Train to Amsterdam Central. Overnite Amsterdam
Day 10- Amsterdam City Tour. Evening Flight to KL
Day 11- Arrive KUL.

Kalau tengok itinerary ini memang dah ala-ala amazing raze. Touch and go sana sini untuk mencapai impian sahabat-sahabat yang ingin sampai di semua tempat ini. Semua ini akan tercapai sekiranya kita pandai membahagi masa. Contohnya untuk ke Rome, saya mengambil train yang petang untuk memberi peluang kami melawat bandar Geneva dan akan sampai ke Milan lewat petang. Jadi saya aturkan perjalanan terus ke Rome. Rugi kalau kami bermalam di Milan kerana pastinya kami akan terus ke hotel dan berehat. Jadi sambungkan sahaja perjalanan ke Rome yang akan mengambil masa lagi 3 jam.

Selesai membuat itinerary saya mula membuat booking untuk flight, train dan hotel. Untuk flight, saya guna skyscanner.com.my untuk mencari tiket yang murah.  Skyscanner akan direct kan ke mana-mana booking agen atau airlines yang dipilih. Kali ini saya di direct ke Mytrip.com. Harga tiket kami cuma RM2100.00 seorang untuk KUL-AMS-KUL.  Saya membuat pembelian tiket ini lebih kurang 3 bulan sebelum perjalanan kami.

Selesai membeli tiket kapal terbang, saya mula mencari train tiket mengikut itinerary. Saya belajar membeli tiket train melalui website www.seat61.com. Banyak sangat informasi berguna terdapat di sini.

Untuk intercity train ke Rotterdam, tiket boleh dibeli online atau di Schipol airport. Saya memilih untuk membeli di airport. Ticket ini berharga EUR12.20 seorang. Bagi perjalanan dari Rotterdam ke Paris, saya membeli tiket melalui Raileurope.com berharga EUR35. Kami bakal menaiki Thalys train ke sana. Selepas membuat pembayaran baru saya perasan service charge di kenakan sebanyak EUR12.50. Jadi harga tiket seorang ialah EUR37.50. Rupanya cuma Captain Train dan Loco loco sahaja yang tidak mengenakan sebarang extra charge. Belum pandai lagi waktu ini. Saya merujuk kembali ke seat61 website, rupanya ada dikhabarkan di situ tentang service charge ini. Tak apalah rugi sikit dan boleh belajar dari kesilapan (pujuk diri he he). Selepas itu semua train tiket saya beli melalui Captain Train. Pastikan tiket ini yang mempunyai barcode di cetak. Satu sudah mencukupi untuk semua orang tetapi saya pastikan setiap orang mendapat satu salinan. Sebenarnya boleh sahaja menggunakan barcode di telephone tetapi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kehabisan bateri, eloklah cetak.

Untuk perjalanan inter Europe tiket boleh dibeli 90 hari sebelum perjalanan dan mendapat discount sama sahaja konsep seperti membeli tiket penerbangan. Tempat duduk juga akan diberikan bersama nombor gerabak. Saya memilih kelas 2 sahaja untuk semua perjalanan.

Harga kesemua tiket train kami:
1. Schipol Airport - Rotterdam Central EUR12.20/perjalanan 26 minit
2. Rotterdam Central - Paris Gare du Nord EUR37.50/2 jam 37 minit
3. Paris Gare De Lyon - Geneva CFF EUR55/3 jam 9 minit
4. Geneva CFF - Milan Central EUR29/4 jam 2 minit          
5. Milan Central - Rome Central EUR29.90/3 jam 30 minit
6. Rome Central - Pisa Central  EUR19/2 jam 48 minit
7. Pisa Central - Florence (Firenze Santa Maria) EUR8.40/48 minit
8. Florence - Venice Santa Lucia EUR19.90/2 jam 5 minit
9. Venice Santa Lucia - Milan Central EUR19/2 jam 35 minit
10. Schipol Airport - Amsterdam Central (one way) EUR5.20/20 minit

Rupa ticket yang di cetak

Tiket Thalys train

Punya la banyak naik train, siapa yang ada motion sickness boleh muntah hijau kalau ikut trip ini. Untuk ke Amsterdam dari Milan kami menaiki flight KLM. Agak mahal ticket kami berharga EUR205 seorang. Saya menggunakan skyscanners juga untuk membeli tiket ini. Saya dapati kebanyakkan flight dari Milan ke Amsterdam sangat mahal termasok penerbangan tambang murah Easyjey. Untuk penerbangan di dalam Eropah, hand carry di berikan sebanyak 12kg, check in baggage dikenakan bayaran mengikut berat pilihan. Saya memilih 20kg dan bayaran sebanyak EUR20 dikenakan untuk seorang.

Kami menggunakan perkhidmatan private transfer untuk ke Chamonix. Ada juga shuttle bas dan van di airport untuk ke Chamonix. Kos agak mahal bila menaiki private transfer, bayaran sebanyak EUR420 atau EUR84 seorang dikenakan untuk pergi dan balik. Bagaimana pon sangat berbaloi perkhidmatan ini kerana tidak perlu mengheret beg ke sana sini. Manakala di Amsterdam kami memilih untuk menyewa kereta selama satu hari kerana hotel yang kami pilih terletak di kawasan kampung. Kos menyewa ialah EUR116.

Keseluruhan kos pengankutan kami untuk seorang ialah RM4,600
1. Penerbangan - MYR 3,032 (KUL-AMS-KUL, MXP-AMS)
2. Tren - MYR1100 (EUR240)
3. Sewa kereta - MYR105
4. Private transfer - MYR380

Untuk hotel saya memilih untuk menggunakan Trivago yang kebanyakkan memberikan harga yang murah melalui Booking.com. Saya memilih hotel berdekatan train station kerana kami bakal naik turun train hampir setiap hari di setiap bandar dan akan sampai lewat malam atau pagi-pagi sesudah subuh sudah hendak berlepas ke tempat lain. Saya akan beri review untuk setiap hotel yang kami duduki nanti.

Antara hotel-hotel yang kami menginap adalah seperti di bawah yang sudah termasuk sarapan pagi. Harga ini tidak termasuk city tax antara EUR1.50 hingga Eur3 seorang. Kos keseluruhan untuk hotel ialah EUR1841 atau EUR460 (MYR2100) seorang.
Paris - Hotel Richmond EUR229 dan Hotel Terminus Lyon EUR160. 
Chamonix - Hotel les Cretes Blanches EUR155
Rome - Hotel Capitol EUR189
Venice -Hotel Florida EUR253
Milan - Hotel Garda EUR390 (2 malam)
Amsterdam - Stayokays Heermskerk EUR185 dan Hotel Prins Hendrik EUR280

Akhir sekali kos yang perlu di ambil kira untuk pengankutan ialah Metro di paris, Rome dan Milan. Saya bajet EUR10 setiap bandar tetapi sebenarnya tidak sampai pon EUR5 setempat. Bajet seterusnya adalah entrance fee ke tempat-tempat yang di lawati. Kalau mengambil package dari agen pastikan bertanya tentang entrance fee, bukan murah untuk masok ke sesetengah tempat.

Antara tempat yang kami perlu bayar entrance fee ialah Montenvers Mer De Glace Train di Chamonix EUR26, Aiguille du Midi Cable Car di Chamonix, (kami tidak naik kerana kabus tebal) EUR60, Gondola di Venice EUR80 utk 1 gondola yang boleh di naiki 6 orang, untuk kami bahagi 5 jadi EUR16, Water taxi di Venice EUR25, bas untuk ke Foxtown EUR20 dan Keukenhof EUR26. Kalau di campur-campur dalam EUR113 atau MYR500. Kos keseluruhan perjalanan ini ialah antara MYR7200 - MYR7500 tidak termasuk makan minum. Sehari selalunya sekali kami makan di restoren halal yang kosnya sebanyak EUR10. 

Kita sambung esok untuk pengembaraan ini.

Thursday, November 3, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague dan Vienna Autumn 2013 Bhg 4

Assalamualaikum... selamat pagi.
Hari ini, 5 November 2013 kami akan membuat lawatan day trip ke Vienna. Pagi-pagi sesudah subuh kami sudah berjalan kaki ke Old Town Square mencari Martin Tours booth untuk membeli excursion ini.  Sunyi sahaja jalan dengan beberapa kereta dan tram.  Sebelum sampai di Old Town Square kami terjumpa kedai menjual makanan halal, jadi kami bersarapan dahulu.      

makan dulu


Selesai bersarapan kami menyusuri Old Town Square yang masih sunyi. Sampai sahaja di dataran kami mencari Martin Tours Booth yang berada hampir dengan astronomi clock. Booth masih belum dibuka, jadi kami bergambar dulu di sekeliling Old Town Square yang sunyi. Tak ada photobomb kali ini. Tidak lama kemudian ada pasangan mat salleh yang berasal dari Amerika juga ke datang ke booth. Mereka sebenarnya telah membeli tour ke Vienna ini online, sedang menunggu driver. Kami terus membeli tour yang berharga EUR119 atau CZK3100 yang akan mengambil masa selama 14 jam pergi dan balik.

Bergambar di pintu masuk hotel & Old Town Square

Sewaktu membeli tiket, kami diberitahu passport mesti di bawa bersama kerana memasuki negara lain. Salah seorang dari kami tidak membawa passport.  Setelah berbincang dengan driver, beliau bersetuju untuk singgah mengambil passport. Kami hampir membatalkan trip ini apabila mula-mulanya driver tidak mahu singgah ke hotel. Tak kan tidak mahu menambah pendapatan yang bernilai lebih EUR400 kan! Hanya ada 2 penumpang jika kami tidak mengikuti tour ini.

Membeli excursion di Martin Tours booth

Akhirnya perjalanan bermula memasuki highway yang masih sepi ke arah Vienna yang akan mengambil masa hampir 4 jam. Kereta meluncur laju melebihi 160km/h memang membuatkan saya kecut perut. Pemandu kami yang campuran Jerman dan Czech memberikan sedikit penerangan tentang trip ini.

Lebih kurang 1 jam perjalanan kami keluar dari highway dan memasuki kawasan kampung. Pemandangan yang indah di sekeliling jalan, mula-mula kami menyusuri kawasan hutan dan memasuki pula kawasan perkampungan dan ladang-ladang.  Kelihatan di kawasan rumah yang dipenuhi pokok epal yang masih berbuah. Ladang pula berwarna warni.

Satu yang saya perhatikan, pemandu ini sangat berdisiplin mematuhi kelajuan dalam kawasan kampung. Sedang dia memecut kelajuan 140km/h, elok sahaja melalui kawasan kampung kelajuan dikurangkan ke 60km/h atau 40kh/h mengikut kelajuan yang ditetapkan. 

Pemandangan sepanjang jalan

Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti rehat di sebuah station minyak selama 30 minit. Belum selesai makan, terkejar-kejar kami semua memasuki kenderaan. Asma yang di duduk di belakang sekali menyambung makan sandwich yang belum dihabiskan. Dengan selamba pemandu kami menegur yang tidak boleh makan di dalam kenderaan kerana dia perlu pulangkan dalam keadaan bersih. Alamak kena marah pulak.

Setelah melepasi satu bandar besar dan kawasan kasino kami memasuki sempadan Czech Republik dan Austria. Semasa menyeberangi sempadan, passport tidak diperlukan kerana kedua-dua negara termasok daalam kesatuan Eropah. Passport perlu di bawa kerana kadang-kadang spot check di lakukan.

Sempadan Czech Republic dan Austria


Dari jauh kelihatan Sungai Danube menandakan kami sedang menghampiri Vienna, ibu negara Austria yang juga dipanggil Wien dalam bahasa Jerman. Austria adalah negara ke-2 terbesar di dunia yang kebanyakkan penduduknya menggunakan bahasa German.

Apabila hampir sampai pemandu memasang lagu Blue Danube, terbayang-bayang pula anak-anak saya bermain piano lagu ini.  Sudah mula rindu keluarga. Macam bermimpi, kami sudah sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music.  Mozart dan Beethoven berasal dari Vienna.


Danube River



Perjalanan memasuki bandar Vienna

Apabila sampai kami di bawa berjalan-jalan mengelilingi bandar bersama pemandu yang sangat tinggi ini. Terkejar-kejar mengikut langkahnya yang panjang-panjang. Bergambar pon terkejar-kejar. Tak sporting langsung driver kami ini, semua mesti ikut jadual, tak boleh lari masa walau 1 minit... 

Sedang memberi penerangan tapi kami sibuk bergambar

Pasangan Amerika yang tinggal di Peru

Pemandu kami

Kami di bawa berjalan kaki mengelilingi bandar sambil diberi penerangan. Kami yang rajin bergambar asyik tertinggal di belakang. Antara tempat yang di lawati adalah Istana Schonbrunn yang bermakna musim bunga yang indah, salah satu mercu tanda kota Vienna.  








Habis meronda satu bandar, kami di bawa ke Istana Hofburg yang sebahagian darinya merupakan kediaman rasmi dan tempat kerja Presiden Austria. Ia dibina pada abad ke-13 dan telah didiami beberapa orang paling berkuasa dalam sejarah Eropah dan Austria, termasuk raja-raja Dinasti Habsburg, pemerintah Empayar Austria-Hungary. Ia adalah kediaman utama musim sejuk dan Istana Schonbrunn merupakan kediaman musim panas. Istana ini telah berkembang menjadi kediaman, gereja, muzium, pusat theater dan pepustakaan.


Hadapan Hofburg Castle di tepi kenderaan yang kami naiki

Hofburg Castle di waktu malam

Parking lot sekitar Hofburg Castle

Jalan menuju ke Stephenplaz

Lorong menuju Stephanplaz

Kami di beri ticket untuk memasuki istana Hofburg untuk melihat Koleksi Imperial Silver, Sisi Musium dan Imperial apartment. Sebelum memasuki Muzium ini, kami di bawa melawat sekitar Stephanplatz, dataran yang terletaknya St. Stephen Cathedral, butik-butik mewah, kedai-kedai makan, Mozart Haus dan macam lagi.  Kami di tinggalkan di sini untuk membuat penerokaan sendiri dan berjumpa kembali jam 6 petang.  












Penat berjalan kami singgah membeli chocolate keluaran Vienna dan singgah makan di sebuah restaurant. Panini dan teh menjadi pilihan saya. Kami tidak jadi masuk ke muzium kerana masa melawat sudah hampir tamat. Penat sudah, kenyang sudah, sovenir pon sudah kami beli. Masa untuk pulang.

Kami menyusuri perlahan ke arah muzium menunggu pemandu datang.  Suasana sangat sejuk kerana angin yang kuat dan musim luruh juga sudah hampir berakhir. Untuk menahan rasa sejuk kami masuk ke kedai souvernir dan bergambar di hadapan Hofburg Castle yang sangat cantik di waktu malam.





Pemandu kami sampai tepat pada waktunya dan kami meninggalkan bandar Vienna dengan rasa syukur kerana diberi pelung melihat kota yang indah ini.  Ketika hendak memasuki highway, ada kemalangan telah berlaku, hampir 45 minit kami tersangkut di sini.

Pemandu kami yang sangat menepati waktu ini membawa kami dengan laju memasuki kawasan kampung dan ladang-ladang yang kami lalui pagi tadi untuk sampai ke hotel kami jam 10 malam seperti di dalam jadual. Kelajuan mencecah 180km/h di dalam kawasan ladang, jalan yang kecil dan malam yang gelap gelita sangat menakutkan. Kami yang keletihan tidak jadi tidur, sampai doa makan pon kami terbaca kerana ketakutan. Hanya Kak Long yang lena nyenyak manakala saya cuba menghilangkan rasa takut dengan bersembang dengan pelancong dari America yang bernama Danielle Bukta. Kami berhenti di salah sebuah kawasan rehat di dalam perjalanan. Tepat jam 10 malam kami sudah sampai di hadapan hotel. Syukur kepada Allah kami sampai dengan selamat.

Malam ini kami makan sahaja bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia. Malam ini kami perlu berkemas barang-barang. Masa untuk pulang telah tiba. Beranak juga beg 24" saya ini. Sambil mengemas saya lihat kak Long rileks sahaja, cuma ada kain telekung, 1 t-shirt lengan pendek, 1 t-shirt lengan panjang, 1 jacket dan 1 shawl. Itulah pakaian yang di pakai selama beberapa hari. Terfikir dalam hati, lepas ini kalau nak travel ikut saja cara Kak Long, kerana banyak pakaian yang saya bawa tidak digunakan. Musim sejuk kan! Berpeluh pon tidak.  

Esok jam 5 pagi kami sudah mahu ke Prague Airport untuk mengambil penerbangan jam 7.45 pagi ke Franfurt dan menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari. 

Pengalaman indah sepanjang percutian musim luruh ini akan kekal dalam sanubari kami hingga ke akhir hayat. Syukur ke hadrat Ilahi kami sampai ke Kuala Lumpur dengan selamat. Rasa syahdu saja bila peramugari mengucapkan "to all Malaysian, Welcome Home".

Friday, October 28, 2016

Jalan jalan Nuremberg, Prague dan Vienna Autumn 2013 Bhg 3

Prague - pemandangan dari boat


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Jom sambung lagi bahagian ke-3 dan merupakan hari ke-4 percutian ini.
Ahad, 3 November 2013 tepat pukul 8 pagi kami bergerak ke Prague, Czech Republic dengan menaiki van yang disediakan oleh Prague Private Travel and Tours bersama pemandu dan juga guide. Jam 7.30 pagi sudah terpacak pemandu pelancung kami yang berasal dari Prague. Dia datang ditemani suami memandangkan dia sedang hamil 6 bulan. Sebelum itu, jam 6.30 pagi kami sudah bersarapan dekat train station.  Ada beberapa restoren sudah di buka. Croissant dan macchiato menjadi pilihan saya.



MPV yang bakal membawa kami ke Prague

MPV jenis Mercedez sangat selesa untuk 4 penumpang bersama bagasi di belakang yang akan membawa kami ke Prague. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit sejauh 300km. Kami akan berhenti di Karlstejn Castle dan Glass Factory sebelum sampai ke bandar Prague. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad, Glass Factory tutup jadi kami digantikan dengan 1/2 day tour di Old Town. Elok juga, senang nak menjelajah sendiri nanti :)

Kami menyusuri highway dalam Jerman lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum memasuki sempadan antara negara Jerman dan Czech Republic. Sepanjang perjalanan kiri kanan adalah pokok yang berwarna hijau, kuning, oren dan merah kerana sekarang adalah musim luruh, cantiknya subhanallah. Sayang nak pejam mata walaupon mengantuk. Perjalanan 3 jam tak terasa langsung.

Walaupon musim luruh, cuaca agak sejuk di Prague berbanding dengan Nuremberg. Baju thermal memang wajib pakai.  Sewaktu berhenti di kawasan rehat, ada yang bergegas ke tandas untuk pakai thermal. Tak tahan sejuk di tambah pula angin yang agak kencang.  



Permandangan dari highway

Kawasan perumahan sebelum sampai Prague


Sudah menjadi tabiat, setiap kali berjalan saya akan bertanya Mr. Google tentang tempat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak kita perlu tahu sejarah dan budaya tempat tersebut. Kalau bercuti bersama keluarga, soalan pertama dari en suami kepada anak2 adalah ibu negara dan populasi negara tersebut, jadi untuk tidak nampak tak berapa pandai kena lah rajin tanya Mr.Google yang sedia membantu.

Sedikit informasi mengenai Prague atau Praha panggilan orang Czech adalah ibu negara dan bandar terbesar Republic Czech. Ia adalah bandar ke-15 terbesar dalam Kesatuan Eropah. Menurut sejarah, ia juga merupakan ibu negara kerajaan Bohemia. Ia terletak di barat laut negara ini di Sungai Vltava. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 1.26 juta.

Kalau datang sini, antara yang wajib di lawati adalah Prague Castle, Jambatan Charles, Old Town Square yang popular dengan jam astronomi, Jewish Quarter dan macam-macam lagi.  Ini adalah tempat-tempat yang bakal kami lawati nanti.  Tidak lupa juga Hard Rock Cafe.

Tempat pertama persinggahan kami adalah Karlstejn Castle.  Jauh jugak perjalanan ke istana ini melalui kawasan perkampungan yang sangat cantik.  Terletak kira-kira 30km dari bandar Prague. Untuk naik ke istana ini, kederaan perlu ditinggalkan di kaki bukit. Untuk yang tidak mahu mendaki, kereta kuda dan teksi ada disediakan dengan bayaran sebanyak 150CZK (MYR25) seorang. Kami mengambil keputusan untuk berjalan sebab nak bergambar. Rugi pulak tak dapat bergambar sana sini. Perjalanan agak memenatkan sebab mendaki bukit, tercungap-cungap lah jugak. Sebab itu digalakkan pakai kasut sukan kalau pergi makan angin. Pemandu pelancung kami turut serta berjalan bersama untuk ke istana. Walaupon berbadan dua dia lagi steady dari kami.



Rumah comel-comel sepanjang jalan


Bergambar dulu sebelum berpeluh :)


Karsltejn Castle dari kejauhan


Kami di beritahu yang istana ini ditutup sepanjang musim sejuk dan minggu ini adalah minggu terakhir istana ini dibuka.  Istana ini dibina pada tahun 1348 oleh Charles IV, Holy Roman Emperor dan Raja Bohemia.  Istana ini digunakan untuk menyimpan Imperial Regalia serta Bohemian/Czech Crown jewel, holy relics dan khazanah diraja yang lain.

Kami mengambil masa lebih dari 25 minit seperti yang dikhabarkan oleh pemandu pelancung.  Ada yang dah hampir pancit separuh perjalanan.  Lagipon perut dah bernyanyi sebab dah tengah hari. Kiri kanan jalan ada restaurant dan kedai2 souvenirs. Dari kejauhan kami nampak kedai menjual Trdlo. Saya terbaca tentang roti traditional Czech ini dari blog Tepak Sireh. Kami order 3 trdlo utk dikongsi. Rasa trdlo ni seperti cinnamon rolls.


Ini signboard kedai menjual Trdlo


Sharing is caring


Hampir 1 jam baru kami sampai ke istana, kami beli tiket untuk masuk ke dalam istana berharga 270CZK (MYR45) seorang. Kami di bawa masok ke dalam istana bersama kumpulan kecil dari bilik ke bilik. Kamera tidak dibenarkan, jadi tengok saja lah kan.  



Restoren sebelom masok istana


Pemandu pelancung bersama Kak Long naik ke istana


King Charles IV


Kedudukan Karlstejn tower

Tangga untuk ke main tower


Bergambar antara dua tower


Habis sudah tour, bergambar lagi

Selesai bergambar dan hilang pening-pening bauan dalam castle kami turun semula. Perjalanan turun memang laju tapi jadi  jadi perlahan kerana bergambar dan singgah beli souvenir pulak. Agak murah di sini kerana musim lawatan telah berakhir untuk tahun ini.




Perjalanan turun.  Istana berada betul-betul di kiri saya





Bergambar dengan pakcik jual souvenir sementara menunggu Asma tawar menawar


Kami menyambung perjalanan ke Prague. Sepanjang perjalanan mata kami celikkan luas-luas. Bukan selalu boleh melawat ke sini lagi.  Pastinya destinasi lain pula menjadi pilihan kami. Rumah-rumah sekeliling jalan, pokok-pokok dan sungai kelihatan cantik berwarna warni. Tak tahu macam mana nak cerita kecuali yang sudah sampai di sini.  Sungai Vltava terbentang di hadapan kami menandakan kami sudah sampai ke bandar Prague. Mula-mula kami di bawa mengelilingi bandar menaiki kenderaan sebelum diturunkan di Old Town square untuk walking tour.


Rumah dan kedai sebelum sampai bandar Prague



Prague Castle 

Ramai sungguh pelancung dari serata dunia tapi seperti biasa kami pulun bergambar mengalahkan "red indian dapat senapang"! Sedang menunggu astronomy clock berbunyi kami tiba-tiba dikelilingi pelajar cilik dari berbagai negara termasok Jepun. Terpaksa berundur bagi ruang untuk kanak-kanak ini.  Lagipon esok kami akan datang ke sini lagi. Sudah lebih dari 3/4 hari kami di jalanan. Letih, lapar mengantuk semua ada. Kami terus bergerak ke hotel.  

Old Town Squares

Remai pelancung serata dunia sedang membelek Astronomy Clock


Hotel kami berada tidak jauh dari Old Town Squares. Bilik kami merupakan Suite di tingkat 2, satu katil king size berada di dalam bilik dan satu queen size sofa bed yang siap dipasang berada diruang tamu. Kami pindahkan sofa bed ke bilik. Sejuk-sejuk seronok tidur beramai:)

Makan malam adalah makanan yang di bawa dari Malaysia. Nasi briyani, ayam masak merah dan kurma keluaran Brahim, air milo 3in1, biskut dari Malaysia menjadi santapan. Selepas mandi manda kami turun ke bawah berjalan keliling hotel sahaja.  Agenda utama malam ini adalah tidur.

Pagi-pagi kami sudah terjaga, selesai solat subuh sementara menunggu sarapan pagi siap, saya dan Kak Long mula membaca peta dan menandakan tempat-tempat menarik untuk kami lawati hari ini. Selesai minum pagi yang disediakan hotel di tingkat 5 kami terus bergerak keluar.  Kami berjalan menyusuri laluan menghala ke National Museum yang sedang diubahsuai sehingga sampai ke Wenceslas Square.  Wenceslas square sebenarnya adalah segi empat tepat yang sangat panjang. Di kiri kanan jalan terdapat deretan hotel dan restaurant.  Jalan agak bercerun ke arah old town squares. Untuk ke Old Town Squares, kami melalui celahan bangunan di mana terdapat kedai-kedai kecil seperti wet market di sini.


Wenceslas Square berlatarbelakang National Museum 


Wenceslas Square berlatar belakang jalan menuju Old Town Square
Kiosks di celah-celah Wenceslas Square
Tengah-tengah  Squares


Celahan banngunan yang menjadi laluan ke Old Town Squares


Sampai di Old Town kami terus menuju ke Charles Bridge.  Hampir sampai ke Chales Bridge kami di sapa oleh beberapa orang yang berpakaian seperti kelasi yang memberikan kami pamphlet tentang cruise di sungai Vltava.  Kami mengambil cruise seterusnya yang mengambil masa selama satu jam. Memang cantik dan berbaloi sangat menaiki cruise ini.  Kami pastikan ini adalah english speaking cruise :)




Berlatarkan boat kayu yang akan membawa kami sebentar lagi




U-turn di sini :)


Antara canal yang tepi sungai




Charles Bridge di lihat dari sunngai





Sudah puas hampir satu jam menaiki cruise, masa untuk berjalan di atas Charles Bridge yang femes ini. Dari jauh dah kelihatan Prague Castle. Prague castle ini adalah kediaman rasmi Presiden Republik Czec.  Banyak sejarah tentang Prague castle ini yang boleh di baca di mana-mana website. Di atas jambatan ini ada pelukis, penyanyi jalanan dan penjaja souvenir. Memang tak terasa berjalan menyeberangi jambatan sepanjang 621 meter ini. Mengikut cerita dari cruise tadi, Charles Bridge ini sebenarnya menggantikan Judith Bridge yang rosak teruk ketika Great Flood pada tahun 1342. Kami juga bertembung pelajar Malaysia yang juga bercuti ke sini. 


Jalan menuju ke Charles Bridge



Berlatarkan Prague Castle


Pemain muzik jalanan


Selesai meronda, kami mencari restoren makanan Halal yang kami jumpa semasa perjalanan dari Old Town ke Charles bridge. Ada dua restoren yang kami jumpa. Boleh la rehatkan kaki sambil megisi perut. Selepas makan kami menuju ke Old Town Square dan masok ke dalam Astronomy Clock.  Jam ini yang di panggil Orloj dalam bahasa Czech merupakan jam astronomy ke-3 tertua di dunia yang masih beroperasi dipasang pada tahun 1410. Kami terjumpa pasangan pengantin yang menjalan sessi photography perkahwinan di sini. Kami juga singgah di Hard Cafe yang berdekatan yang merupakan salah satu acara wajib bila berjalan-jalan.

Selesai sudah satu hari menjelajah kota Prague, kami memulakan langkah pulang ke hotel. Terasa jauh pula perjalanan bila kaki sudah penat. Esok pagi-pagi kami akan menuju ke Vienna untuk Day Tour. 


Menjamu selera di salah satu restoren halal


Di hadapan Hard Rock Cafe Prague